OSAKA is LOVE Part 2 - Dotonbori, Namba, Tsurumi-Ryokuchi


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI~

Okay sambung yang dari PART 1 punya. Aku rasa kalau lambat2 ada yang jadi mcm trip Korea, SG, Vietnam or Thailand. Padahal dah kira lambat pun.

Disebabkan masa kitorang kat Osaka tak lama sangat so, lepas check in, solat dan pekena nescafe(wajib okay!), terus siap2 nak ke namba/dotonbori sebab area tu x jauh sangat dengan area kitorang. Dalam 7 stations camtula tapi sbb x perlu change line ke apa so x complicated nak ke sana. Day 1 kot, so play safe dulu hehe.

Let's go to Dotonbori! \^.^/ *jacket unnie-chan baru beli ^^

Weather masa kat sana quite sejuk la jugak bagi aku sebab early spring kan. Aku pesan kat unnie-chan nanti bawak la jacket tebal sikit sbb still sejuk. Tapi dia cakap nak bawak trench coat je. Last2 sampai sana kebetulan ada kedai jual jacket tebal dekat area hostel, dengan harga 2000 yen je, apalagi terus si unni-chan ni beli haha, sejuk kot. Sebenarnya macam x sure kalau bwk baju bulu2, kasut boot takut macam poyo winter je hahaha so aku bawak la jacket jeans selai, sweater yang ada bulu2 sikit kat bahagian dalam selai. But seriously menggigil gila masa kat Namba ni, dalam 8°C kot. Maybe sebab time tu dah malam kan.

Sejuk sangat sampai rasa nak balut muka jadi mumia ðŸ¤£

Nak cari benda alah ni je actually. Encik Glico yang femes

Kalau rasa nak amik sy jadi model glico, boleh contact my manager

Kat Dotonbori terlalu ramai sangat orang, punyalah famous glico ni. Plan nak naik canal semua hilang camtu je sebab sejuk, too crowded and sebab tersalah arah mula2. Tersilap jalan pergi Namba Park so kena patah balik. Tapi takpelah, janji dah sampai hehe. Kamera pulak habis bateri seriously x sporting langsung haha so pakai jelah camera hp. 

***

DAY 2 - Sabtu, 11 Mac 2017

Honestly, kitorang x follow sangat pun itinerary. Kecuali yang USJ je confirmed nak pergi hari Isnin, sehari sebelum balik. So, just ikut kaki je nak pergi mana. Anyway, aku banyak refer kat SINI --> AREA MAP & GUIDEBOOK DOWNLOAD. So korang bolehlah study kat situ if plan nak pergi nanti. Pasal subway semua ada kat situ. Sungguh berguna walaupun ada sedikit ralat aku x study betul2 huwaa so banyak termiss tempat yang cantik also aku kesian kat unnie-chan, takut dia x larat nak jalan lama2. So trip kali ni banyak sangat kekurangan walaupun aku tetap enjoy to the fullest. So, masa belek2 guidebook tu tempat ni mencuri perhatian gitu. Nampak lawa gila dengan bunga2, windmill nya.


Dari Higashimikuni station (midosuji line), turun kat Shinsaibashi station untuk tukar line Nagahori Tsurumi-Ryokuchi pulak. TBH takdelah susah sangat kalau dah faham sistem subway dorang. Day 2, dah banyak perubahan actually berbanding dengan day 1. So kitorang macam terkejut jugak tengok improvement kitorang lol. 

Siap boleh pejam mata dah hahaha

Sila klik untuk pembesaran


I'm hereee!

Sejuk gilosss actually. Esok nak g cari baju bulu2 la cemni

Nak pindah duduk sini boleh tak? aaaaa

Burung2 tu kena paksa terbang di atas permintaan unnie-chan nak background burung2 berterbangan


That windmill, menjerit kot masa nampak ni hehe. 

Walaupun x macam dalam guidebook since dia ikut musim kan but still cantik dan lovely gitu

Unnie-chan jadi model tak rasmi jap heh heh

Please hantar i balik sini!

Tak sangka jugak siap dah ada sakura seciput dua

Hmmmm...overrated sangat haha but still Alhamdulillah. Even my Jap-friend cakap i dah kira bertuah actually dapat jumpa sakura

Precious! Sakura ke ume ke aku pun x sure actually

Bye bye Tsurumi-Ryokuchi yang aman damai lagi sentosa makmur darul naim

subway pun nak cute je


Kelihatan seketul unni-chan sedang melayan youtube

So that's all..Next entry nak cerita pasal food hunting lak. TBC~

Comments