ROOFTOP PRINCE [time travel love story]

ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Minggu lepas kan seminggu aku takleh buat kerja..GIS lah ni tetibe expired, jangan memain, GIS ni macam roti gardenia lah pulak..Dahla program ni limited je kat ofis, unit aku je guna, so, bila xpired susah la kan sebab 5 PC je ada benda ni..Nak menumpang pun tak best je, time dorang cuti, minum ke blehla aku guna kejap..Maka tanpa membuang masa aku pun bawaklah beberapa buah dvd..Huahua..Tergerak hati nak layan ROOFTOP PRINCE sebab baca review dia macam daebak je..

Comel je baju PJ dorang tu..hehe


PELAKON UTAMA
HAN JI MIN - lead actress PADAM2 [cite ni pun best]

Oke, sekarang aku dah habis pun layan ROOFTOP PRINCE ni...Masih terbayang-bayang lagi jalan cerita, ost2 dia yang membuatkan aku tabik springlah dengan pengarah cite ni..What a wonderful story line..Tema drama ni FANTASY, TIME TRAVEL, LOVE STORY, ACTION, SEDIH ADA tapi serius LAWAK..Fuhh..ni kira full package dah ni..Tapi yang uniknya cite ni bermula di zaman JOSEON [300tahun lalu] kemudian dorang pergi ke masa depan tahun 2012..Dorang punya kepercayaan kan selepas mati nanti akan hidup semula di zaman lain..Mula2 tu cerita di era Joseon, bila CROWN PRINCE bangun dari tidur terkejut bila tahu CROWN PRINCESS terbunuh dalam kolam..Tapi beliau yakin Crown Princess sebenarnya dibunuh..Demi mendapat jawapan, beliau siasatlah, masa tengah siasat tu Crown Prince dan 3 orang spy tiba2 terjatuh..Bila sedar dorang dah berada di zaman 2012..Time ni serius klakar sebab tiba2 berada di zaman moden kan, penat perut ni dok gelak..Pastu seterusnya korang kena tengoklah nak tahu kenapa dorang tiba2 berada di tahun 2012..hehe..Tapi serius best, lawak gila mula2 tu..Suka betul aku dengan Micky Yoochun neh, comey je berlakon..Bile tengok balik masa muda2 dulu dalam tvxq tak sangka mamat ni boleh jadi hero yang disukai ramai..Memang best lakonan beliau, patutlah dah banyak award beliau dapat dan saya dah jatuh hati kot dengan micky ni..kikiki...Pastu aku suka part dorang renovate rooftop tu jadi comel giler..Tetibe terasa nak ada rooftop camtu gak..Kadang2 terfikir gak cane la dorang boleh dapat idea2 best nak buat drama cenggini..Pepun, nah layan teaser kat bawah ni dulu..


Bila kita nak rajin2 macam dorang ni?men sukan, kayuh beskal petang2..bagus betul
Ade ke lift tu dorang bajet fitting room..Sengal amat
Dorang ni fan angry bird kot..hehe

Chibi Rooftop Prince..cute giler

Bukan nak pujilah cerita2 Korea ni, tak semua betul, yang mana baik kita ikutlah kan tapi kita kalau nak maju kena rajinlah explore dan belajar dari negara2 lain..tak kiralah Korea ke, Japan ke, Germany ke..Seriuslah aku rasa rakyat Malaysia kekurangan idea, banyak idea nak condemn orang je kan..Tak kiralah dari segi perfileman ke, teknologi ke idea kita jauh terkebelakang..Cer amik contoh Running Man, variety show je, tapi kenapa boleh berjaya?Sampai ke Thailand, China n HK dah dorang filming..Tak perlu drama berbabak2 macam Masterfchef Selebriti pun..Kat situ dah nampak dah perangai sorang2 camne..Saya sokong Karl Syafik-tetibe!

Style orang Korea ni, dorang suka tayang drama pada waktu yang sama..Contohnya macam Rooftop Prince [SBS] ni ditayangkan serentak dengan drama The King 2 Hearts [MBC] dan The Equator Man [KBS].Nampak kan cara dorang bersaing..Tapi baguslah, menunjukkan masing2 percaya dengan produk yang dihasilkan walaupun terpaksa bersaing hebat di situ..Mula2 aku expect The King 2 Hearts bakal mendominasi peratusanlah sebab pelakon2nya yang dah star..Tapi yang last episod Rooftop Prince dapat peratusan yang paling tinggi..Nampak kan, tak semestinya kena amik pelakon Aaron Aziz je boleh laku..kalau jalan cerita tu bagus, skrip bagus, lakonan mantap, sinematografi hebat, amik Zed Zaidi pun boleh laku filem...Pokok pangkalnya kena rajin berusaha untuk buat yang terbaik dan percayalah kalau kita 24/7 busy condemn orang memang takkan berjaya sampai bila2 pun..Ada baiknya kita buat research kenapa filem dorang berjaya..Contohnya macam drama PADAM PADAM, sinematografi superb..Watak dalam tu ada  watak DR.VETERINAR, CARPENTER, MAKCIK JUAL IKAN dll tapi cara dorang explore watak masing2 tu memang aku tabiklah. Paling terkesan watak carpenter tu..Bukan sekadar ada je, tapi buat kita kagum dengan hasil kerja tukang kayu ni sebenarnya..Kalau nak buat watak korporat pun ceritalah buat bisnes apa, bukan sekadar pakai sut cantik dan bawak briefcase beserta kereta mewah je..Study la lebih sikit kalau nak berjaya..Tetibe emo pulak saya ini..haha~~


NASI TAMBAH : Takyahlah request RM datang Malaysia..Walaupun aku x pernah miss layan RM tapi better jangan datang..RM ni memang best pun , hilang stress tapi aku bayangkan kalau dorang datang jadi macam kat HK aritu..fuhh, sesak nafas tengok..Nanti tak pasal jadi isu pulak kan..

Comments

Anonymous said…
Hehe...mmg sgt setuju...kdg2pelik dgn perangai org2 kat msia ni.... Almaklum la skrg boleh kata kbykan org (termasuk saya!!) gler citer korea n lagu2 korea...but that doesnt meant aku da benci dgn citer n lgu melayu,,,its just,idea drama skrg da smkin x mantap..and skrg ni mcm da jd trend masa kini mendramakan dan menfilemkan novel2....(satu usaha yg bgus)..tp isu lain pulak timbul...kemasukan artis luar ngara... Mcm da xde keje je kan... Bg aku la, dri sibuk2 kondem sal kemenangan artis luar, better dia kaji sbb ape penonton skrg da mula menukar selera tgk drama luar... Sbb kualiti drama kita da merosot....and fed up dgn artis kita, xhbis2 dgn gosip liar..
blog-tips-kurus said…
cite david kim dah habis. kesian dia..

*hehe!
nurdani said…
ok suka sangat kartun tu. jatuh cinta bila tengok. hehe.
RM memang tak patut datang sebab tak patut. hehehe
SN said…
dah ade citer ni, tunggu masa je!

hehe.
takky said…
walaupun ade sesetengah cite korea yg tiru dari cite len (mcm BOF tiru dari jepun n cite budak skola ape ntah pun tiru dari jepun)....
but dorg create a little bit supaya tak nmpak sangat samanya...
bagi akula kan, nk tiru tu boleh TAPI tambah sikit kelainan dia supaya benda tu jadi hak milik kita....
2 je la yg aku boleh cakap sekarang nie...
Aleen Aiden said…
semangat nak tengok cerita korea aku dah tak macam dulu. -___-
kim said…
citer ni best kan!!!sayang nk tinggalkan cerita ni. kelakar,,then towards the end tu, sedih x hengat..huhu..
Anonymous said…
dah lama tak tengok cerita korea.
semangat nak meng-online tu lagi kuat skarang ni tauuu
:D
Hanis MY said…
Dyla dan K-drama baguh sungguh fanatik berpada2 hehe...
teyn teyn said…
dlm2 byk2 pelakon korea , suka kim bum je. hehehe ..

amboi bahaya gmbr atas tu., hihi
ishiko said…
Uuuu.. citer latest ke ni..
baju pj? hahaha
ishiko said…
Uuuu.. citer latest ke ni..
baju pj? hahaha
dwatyKNY said…
comeila budak korea ni... cam nak tengok plak...

tp, semangat korea x macm dulu... huhuhuhu
Unknown said…
baa~ CAK!!

wow.. bab fitting room tu yg die highlight yer.... suke lettew..
kiwi said…
kiwi hari ni supervisor gi test jpj..kerja dah siap maknenya boleh amek idea ni..tengok cerita korea..hihi ^___^
eyjalukman said…
kak dyla ! sep sikit ! kita mmg suka gile cite rooftop prince nih ! cite dy complete kot dr sgala aspek tk thulah bg org len kan . hehe so far kita rasa produk drama and variety show korea mmg best lah . mama kita dlu pn dy tk suka korea , skali kita suh dy tgk skali tros dy lyan . haha


yg dorg pakai bju PJ lintas jalan , sbijik sma mcm teletubbies , comel . hehe
merahitujambu said…
sukaaa tgok cite niii
Unknown said…
kalau citer tu best .. x kira la korea or tamil... still gak layan.. itu maknanya citer diorg bagus...
Kongsi Apa2 Aje said…
saya pun suka jgk citer korea. tapi suka "my girlfren is gumiho" so much2..haha
Nurfazilah Cipa said…
rooftop prince best!!! :)
suziesanji said…
Pinjam DVD, boleh? Bosan skrg da xde stok citer2 koreabaru.
fyza said…
sbnrnya.. sy lbih suka tgk micky yoochun dlm drama sungkyungkwan. rooftop mmg lucu ttpi jtuh cnta kat micky dlm watak dia kat sungkyungkwan scandal. jatuh cinta kat micky n trus cari dia kat youtube.. then wow.. bru tau dia ni pnyanyi jgk.. mmg sedap suara dia.. cair sy dgr..heheheheh
aswadz said…
tgk dah citer ni. mmg best.