ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Minggu lepas kan seminggu aku takleh buat kerja..GIS lah ni tetibe expired, jangan memain, GIS ni macam roti gardenia lah pulak..Dahla program ni limited je kat ofis, unit aku je guna, so, bila xpired susah la kan sebab 5 PC je ada benda ni..Nak menumpang pun tak best je, time dorang cuti, minum ke blehla aku guna kejap..Maka tanpa membuang masa aku pun bawaklah beberapa buah dvd..Huahua..Tergerak hati nak layan ROOFTOP PRINCE sebab baca review dia macam daebak je..
|
Comel je baju PJ dorang tu..hehe |
Oke, sekarang aku dah habis pun layan ROOFTOP PRINCE ni...Masih terbayang-bayang lagi jalan cerita, ost2 dia yang membuatkan aku tabik springlah dengan pengarah cite ni..What a wonderful story line..Tema drama ni FANTASY, TIME TRAVEL, LOVE STORY, ACTION, SEDIH ADA tapi serius LAWAK..Fuhh..ni kira full package dah ni..Tapi yang uniknya cite ni bermula di zaman JOSEON [300tahun lalu] kemudian dorang pergi ke masa depan tahun 2012..Dorang punya kepercayaan kan selepas mati nanti akan hidup semula di zaman lain..Mula2 tu cerita di era Joseon, bila CROWN PRINCE bangun dari tidur terkejut bila tahu CROWN PRINCESS terbunuh dalam kolam..Tapi beliau yakin Crown Princess sebenarnya dibunuh..Demi mendapat jawapan, beliau siasatlah, masa tengah siasat tu Crown Prince dan 3 orang spy tiba2 terjatuh..Bila sedar dorang dah berada di zaman 2012..Time ni serius klakar sebab tiba2 berada di zaman moden kan, penat perut ni dok gelak..Pastu seterusnya korang kena tengoklah nak tahu kenapa dorang tiba2 berada di tahun 2012..hehe..Tapi serius best, lawak gila mula2 tu..Suka betul aku dengan Micky Yoochun neh, comey je berlakon..Bile tengok balik masa muda2 dulu dalam tvxq tak sangka mamat ni boleh jadi hero yang disukai ramai..Memang best lakonan beliau, patutlah dah banyak award beliau dapat dan saya dah jatuh hati kot dengan micky ni..kikiki...Pastu aku suka part dorang renovate rooftop tu jadi comel giler..Tetibe terasa nak ada rooftop camtu gak..Kadang2 terfikir gak cane la dorang boleh dapat idea2 best nak buat drama cenggini..Pepun, nah layan teaser kat bawah ni dulu..
|
Bila kita nak rajin2 macam dorang ni?men sukan, kayuh beskal petang2..bagus betul |
|
Ade ke lift tu dorang bajet fitting room..Sengal amat |
|
Dorang ni fan angry bird kot..hehe |
|
Chibi Rooftop Prince..cute giler |
Bukan nak pujilah cerita2 Korea ni, tak semua betul, yang mana baik kita ikutlah kan tapi kita kalau nak maju kena rajinlah explore dan belajar dari negara2 lain..tak kiralah Korea ke, Japan ke, Germany ke..Seriuslah aku rasa rakyat Malaysia kekurangan idea, banyak idea nak condemn orang je kan..Tak kiralah dari segi perfileman ke, teknologi ke idea kita jauh terkebelakang..Cer amik contoh Running Man, variety show je, tapi kenapa boleh berjaya?Sampai ke Thailand, China n HK dah dorang filming..Tak perlu drama berbabak2 macam Masterfchef Selebriti pun..Kat situ dah nampak dah perangai sorang2 camne..Saya sokong Karl Syafik-tetibe!
Style orang Korea ni, dorang suka tayang drama pada waktu yang sama..Contohnya macam Rooftop Prince [SBS] ni ditayangkan serentak dengan drama The King 2 Hearts [MBC] dan The Equator Man [KBS].Nampak kan cara dorang bersaing..Tapi baguslah, menunjukkan masing2 percaya dengan produk yang dihasilkan walaupun terpaksa bersaing hebat di situ..Mula2 aku expect The King 2 Hearts bakal mendominasi peratusanlah sebab pelakon2nya yang dah star..Tapi yang last episod Rooftop Prince dapat peratusan yang paling tinggi..Nampak kan, tak semestinya kena amik pelakon Aaron Aziz je boleh laku..kalau jalan cerita tu bagus, skrip bagus, lakonan mantap, sinematografi hebat, amik Zed Zaidi pun boleh laku filem...Pokok pangkalnya kena rajin berusaha untuk buat yang terbaik dan percayalah kalau kita 24/7 busy condemn orang memang takkan berjaya sampai bila2 pun..Ada baiknya kita buat research kenapa filem dorang berjaya..Contohnya macam drama PADAM PADAM, sinematografi superb..Watak dalam tu ada watak DR.VETERINAR, CARPENTER, MAKCIK JUAL IKAN dll tapi cara dorang explore watak masing2 tu memang aku tabiklah. Paling terkesan watak carpenter tu..Bukan sekadar ada je, tapi buat kita kagum dengan hasil kerja tukang kayu ni sebenarnya..Kalau nak buat watak korporat pun ceritalah buat bisnes apa, bukan sekadar pakai sut cantik dan bawak briefcase beserta kereta mewah je..Study la lebih sikit kalau nak berjaya..Tetibe emo pulak saya ini..haha~~
NASI TAMBAH : Takyahlah request RM datang Malaysia..Walaupun aku x pernah miss layan RM tapi better jangan datang..RM ni memang best pun , hilang stress tapi aku bayangkan kalau dorang datang jadi macam kat HK aritu..fuhh, sesak nafas tengok..Nanti tak pasal jadi isu pulak kan..
Comments
*hehe!
RM memang tak patut datang sebab tak patut. hehehe
hehe.
but dorg create a little bit supaya tak nmpak sangat samanya...
bagi akula kan, nk tiru tu boleh TAPI tambah sikit kelainan dia supaya benda tu jadi hak milik kita....
2 je la yg aku boleh cakap sekarang nie...
semangat nak meng-online tu lagi kuat skarang ni tauuu
:D
baju pj? hahaha
baju pj? hahaha
tp, semangat korea x macm dulu... huhuhuhu
wow.. bab fitting room tu yg die highlight yer.... suke lettew..
yg dorg pakai bju PJ lintas jalan , sbijik sma mcm teletubbies , comel . hehe