OSAKA is LOVE Part 3 - Halal Food in Osaka/Japan



Assalamualaikum dan haiiiii~

Okay, sambungan dari OSAKA is LOVE Part 2. Kali ni nak cerita food hunting pulak. Walaupun aku ni kuat makan tapi bila travel aku tiba2 okay je kalau tak makan sangat. Seriously aku perasan setiap kali lepas balik travel, mesti berat aku turun. Sama ada makan tak teratur atau banyak sangat jalan. Mungkin kedua-duanya sekali hehehe.

Day 2

Disebabkan unnie chan kat KL, manakala aku di Terengganu so kitorang bincang2 pun thru whatsapp je. Dia serah kat aku bab2 itinerary ni tapi biasalah aku kan blur sikit hahaha so bila balik baru sedar banyak miss benda2 yang best huwaaa! Masa trip ke Korea dulu kitorang gila2 punya siap bawak periuk kecik, beras, sardin, sambal bilis kering, brahim tak brahim semua ada. Kali ni tak tahu la gamble gila kot, bawak maggi dengan oat je. Maybe sebab rasa trip ni pendek je so malas nak bawak macam2. Aku pulak lupa nak tanya unnie-chan pasal food hunting in Osaka ni so aku memang abaikan bab makan. Bila sampai sana baru la unnie-chan cakap nak try Halal Japanese food. So lepas pergi tsurumi-ryokuchi, aku sebenarnya plan nak singgah Osaka Castle dulu sebab dari Tsurumi-ryokuchi station dengan Osaka Business Park memang dekat je.  Tapi sebab nak food hunting so terus turun kat Shinsaibashi. Actually kitorang tak sangka yang shinsaibashi ni ala2 namba, dengan shopping complex kiri kanan so macam wow, boleh tahan kot crowded nya.

Masa tu plan nak try kat Ali's Kitchen je, sebab macam famous je hehe. Tapi hampeh betul sampai2, waktu rehat. Masa tu pukul 3 and staff dia cakap pukul 5 baru bukak balik goshhhhh! Takkan nak tunggu kat situ sampai pukul 5. So try lagi google kot2 ada yang berdekatan. Jumpa 2,3 halal restaurants yang dekat2 situ. Seriously tak sangka banyak jugak halal food kat Shinsaibashi ni. Itulah xnak study awal2. So, try pergi Hafez restaurant kot, tapi sama jugak TUTUP! Dorang ni memang time tutup pukul 3-5 ke semua? Tapi teruskan lagi our food hunting mission, mana boleh give-up bab2 makan ni hahaha. Jumpa Nazar Turkish Restaurant, SAMA jugak!!! T.U.T.U.P. And then last kot kat Aarti, kalau yg lepas ni tutup jugak, tunggu jelah pukul 5. Penat dah kot tawaf shinsaibashi. Dan Alhamdulillah, bukakkkkkkk! phewwww~~~! Maybe sebab yang ni restaurant dia dalam mall, so xkan nak tutup jugak kan.

Aarti ni Indian food dan bagi kitorang rasa dia sedap, cukup rasa, bervariasi berbanding dengan Ali's Kitchen. Sebab keesokan harinya kitorang pergi la Ali's Kitchen pulak. Curious jugak kan sebab famous, No.1 Biryani in Japan kot. Tapi biasa je bagi kitorang, just okay jelah. Takpe nanti aku bagi link halal restaurants kat bawah. Kena baca review sekali taw, masa kitorang google actually nak pergi Halal Sushi Restaurant tapi bila baca review, ada yang bagitau it's a NON-HALAL restaurant fuhhh berderau darah kejap baca! Silalah berhati-hati ye.


AARTI












ALI'S KITCHEN








Ali's Kitchen sangatlah kecik kedai dia..Rasanya ada dlm 4-5 table je. Memang kecik sangat2. Aarti lagi cozy and spacious. Walaupun tokey restaurant tu bukan Japanese but still dorang speaking Japanese. Cute gila. So here we go..senarai halal restaurants in Osaka/Japan. 




Dekat Kansai International Airport[KIX] pun ada jugak tau, ada dalam link HHWT tu...Macam biasa, sampai malaysia baru tahu hahaha sedih gila especially unnie-chan yang kempunan nak makan sushi! Tak dapek nak merasa mee udon nippon bagai. Takpelah, nak suruh aku pergi lagi le tu ngeeeeeeeeeee~

okay, TBC~!

Comments