#ladylatravels: The DARAs in Ho Chi Minh/Saigon (Part 1)


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...


Nak bagitahu yang aku baru je balik dari Vietnam ataupun dengan lebih tepat lagi, Ho Chi Minh pada 18 Sept baru ni. Walaupun ini bukanlah kali pertama pergi sana tapi haritu macam pergi sekejap sangat so tak banyak tempat sangat pergi dan aku pun tak pernah share lagi kat blog ni walaupunnnnn blog ni sedang bermasalah lagi ahhh kenapa la dia jadi tak update kat reading list atau kat google. Sedih tau, siap tukar dah nama blog dari ladydyla.net to ladyla1004.blogspot.com lepas tu tukar balik ke ladydyla.net lol sebab still sama je. Takpelah sambil2 cari penyelesaian, aku update lah dulu walaupun aku sorang je yang boleh baca hahaha.

DAY 1
TGG-KLIA2-SGN
[Song Anh 3, Ben Thanh, Rohani, Hajah Basiroh, Pasar Malam]




team paling kecoh

Overall, aku happy dengan trip ni sebab rasanya agak smooth walaupun still ada kekurangan. Biasalah tu. Sebenarnya aku tak pernah pun rasa nak repeat ke Ho Chi Minh since aku bukanlah sejenis yang suka shopping tapi dah budak2 ofis yang ajak, aku macam okaylah boleh jugak join. Mungkin sebab dorang rasa aku pernah sampai sana, so ada pengalaman sikit. Kononnyalah padahal aku ni gamble je lebih. So, sebab tulah aku macam study lebih sikit untuk trip kali ni, x boleh gamble2 sangat hahaha.


Rabu 13 Sept, pukul 9malam flight dari KT ke KL. Aku tak tahu bila start tak boleh letak powerbank dalam check-in baggage sebab last time masa pergi Osaka bulan 3, boleh je masuk cargo. Confuse sebenarnya sebab ada kes kena rampas powerbank masa kat security check, nangis weh kalau kena rampas. So sekarang ni, kalau ada powerbank, just masuk cabin je. And then sampai kat KLIA 2, melepaklah sampai pagi tunggu flight ke HCM pukul 7pagi esoknya pulak.


mengantuk kot weh, dahlah semua rushing siapkan kes2 kat ofis. bertabahlah

Dah puas golek sana golek sini, main candy crush sampai habis bateri, ulang alik pergi toilet sampailah pukul 5 pagi barulah kitorang check in baggage.


tiada dalam gambar: ladydyla hahaha..gambar banyak x cukup korum aje
bahu dah macam kim jong kook


gambar flight view xde sangat since aku x duduk tepi tingkap huwaaa so ni jelah sempat snap masa landing. baru lepas hujan kat Ho Chi Minh


US! so trip kali ni pergi berlima, meriah macam hari raya

Dah settle semua bahagian imigresen dan baggage, terus cari VINASUN TAXI. Ada satu syarikat VINA TAXI laju je offer kitorang suruh naik taxi dorang. Kitorang cakap la nak VINASUN je tapi boleh pulak tu cakap 'same company'. Bila tanya harga, macam mahal gila pulak. Phuiii, hampir tertipu kot sebab nama hampir sama so terus kitorang blah pergi ushar vinasun je. Masa datang haritu pun memang naik vinasun jugak sebab memang mostly cakap vinasun yang paling murah. So yeah, please take note, amik yang VINASUN je okay ^^

VINASUN TAXI


Sampai hotel(Song Anh 3 Hotel) ngam2 pukul 9.30 pagi, nasib baik request nak check in awal. So terus dapat bilik, boleh la landing2 jap, update ke ape.

stok sebulan ke apa ni?
Dah puas landing, siap2 ke Ben Thanh Market sebabnya 5minit je dari hotel kitorang. Semua terkejut dorang fasih cakap melayu haha walaupun aku dah cakap awal2 lagi sebenarnya yang dorang ni boleh cakap melayu, nak membeli pun boleh guna RM. Tapi aku rasa dulu xdelah sefasih ni dorang, ni macam semua fasih gila dah cakap melayu memang nampak arr pengaruh kita kuat kat sana. Memanglah, jalan sikit je jumpa orang Malaysia. Sampai lupa yang kitorang ni kat Vietnam.

Iconic


lace, RM22 semeter

Round2 je kat Ben Thanh since boleh repeat banyak kali kat sini. Next, kedai Rohani. Haaa, kat sini lama gila dan banyak gila jugak berhabis. Dorang la, aku tak pun miahaha. Seriously lah aku kalo boleh bila pergi travel, shopping tu paling last sekali tapi dah memang mentaliti kita kalau pergi vietnam tak shopping, memang rugilah. Aku shopping jugak tapi xdelah meriah macam dorang. Sebabnya aku malas nak bawak berat2 nanti balik kahkahkah. So, apa yang ada kat kedai Rohani ni? Kain sembahyang Siti Khadijah, Segala jenis tudung; Duck, ariani, neelofa dan macam2 la so kalau korang memang suka tudung berjenama memang boleh sawan tengok.



cantik2 semua rugi kalau x beli. aku ler tuuuu

tak membeli pun penat weh XD


Dah penat membeli, makan! Nanti bab makan aku buat entry lain pulak haha. Lepas makan, balik hotel, mandi, solat2 dulu sebelum turun balik untuk ke pasar malam. Nasiblah hotel dekat Ben Thanh je. Lupa lak, masa lepas makan, aku terjumpa dengan orang kampung lol. Masa balik kampung punyalah susah nak terserempak, tetibe boleh jumpa kat Vietnam. Nak cakap betapa keciknya dunia ni huuu insaf jap.


Turun2 dari hotel akan terus nampak Saigon Sky Deck. Sebenarnya memang ada dalam itinerary tapi rasanya semua macam excited
nak shopping lagi kot. Takkan aku nak g sorang pulak kan haha

Sesi tawar menawar haha



Hati dipanggil-panggil untuk ke sana lol

dah kenapa beg aku terbukak tu?

muka2 happy dapat shopping dengan jayanya

tengah bincang nak pergi Mekong ke nak pergi Cu Chi Tunnels

Sebelum balik hotel sempat discuss nak pergi Mekong atau Cu Chi Tunnels nanti untuk hari ke 3, sebab masa makan kat Hajah Basiroh, ternampak pakej pasal Mekong & Cu Chi. Kemudian, ternampak lagi pakej dari Bismillah Tours & Travel yang jauh lagi murah dari Hajah Basiroh just tak sure yang Hajah Basiroh tu private tour ke group tour. Terlupa nak tanya. Yang Bismillah punya, group tour sebab tu harga dia agak murah. Aku honestly nak pergi Cu Chi Tunnels, sebab curious sangat, nak masuk tengok. Tapi harga ke Mekong lebih kurang je dengan Cu Chi Tunnels, aktiviti kat Mekong pun banyak so sepakat membawa berkat, pilih Mekong semua.

Okay, kita sambung next entry pulak ye trip bujang ni. Thank you for reading^^

SUMMARY


Comments