#ladylatravels: Sweet Escape to Malacca (Melaka) Part 1 - Freeport A' Famosa Outlet, Klebang Original Coconut Shake, Masbro Village


ASSALAMUALAIMUM DAN HAI...

Ingat lagi masa awal2 blogging dulu aku selalu mengadu pasal masalah rumah tangga. Dan nampaknya hampir 10 tahun pun masih dengan masalah sama apeni? Aku rasa dah tiba masanya taman perumahan ni kena tukar nama dari Taman Sri Kolam kepada Taman Sri Kelam bwahaha! Ko kenapa asyik takde air tanpa notis apa2 ingat kitorang ni keturunan kambing ke apa ha? Tapi tulah Allah itu Maha Adil. Sebaik-baik perancang. Dan2 je time takde air tu date sama dengan trip aku ke Melaka. So, memang sweet escape lah! Excuse me, trip ini sebenarnya adalah pada awal  bulan November 2017 lagi. Macam biasa, peram cerita adalah salah satu kemahiran aku. OH, HAI 2018!!!

Alkisahnya kawan aku ada voucher hotel Bayou Lagoon Park Resort yang hampir nak expired, call hotel, 4hb Nov je available. So, malam 2hb aku gerak ke Shah Alam. Pagi 3hb tu gerak ke Melaka dari Shah Alam. Sebelum pergi tu nampak macam pack gila itinerary tapi tetibe je minggu aku pergi tu hujan on and off so xdelah banyak mana tempat yang sempat kitorang singgah. 

Macam biasa, jadi co-pilot merangkap miss waze

FREEPORT A'FAMOSA OUTLET

Mulanya nak singgah nanti balik tapi bila nampak je signboard, tergugat keimanan seorang wanita weh haha. Tapi serius memang just masuk, window shopping sebab kononnya plan nak singgah lagi sekali. Time sampai tu memang dah start hujan renyai2. So, takde awan biru mahupun awan nano apatah lagi cumulonimbus, octopus dan sebagainya. Tapi takpe, outlet2 dia tu dah cukup cun bajet europe hokayh!

abam berdua pelislah, bagi can la jap i nak feeling heropah






KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE

Penat berjalan, mari pergi Klebang, eh macam pantun pulak. Klebang Original Coconut Shake ni menurut mizz yann, Hanis Zalikha pernah pergi sebab mengidam masa pregnantkan Yusuf Iskandar. Benda2 viral memang tau, mudah sangat terpengaruh. Tapi rasanya macam tulah, rasa coconut shake la apa lagi hahaha. Tak reti ahhh nak describe luar biasa ke tak janji sedap je aku ni.


Pintu masuk. Tempat parking banyak jangan risau.

meleleh pulak tengok keropok lekor dia garing2 camtu haishhhh ingat diet. ingat diet mek!

Model bajet wajib ado menempel

take away lagi comey cup dia ada cop klebang original. lepas tu mulalah plan nanti kita tapau pulak esoknya haha

MASBRO VILLAGE

Kalau korang baca betul2, kitorang book dengan Bayou pada 4hb tapi 3hb tu aku dah gerak ke Melaka. Maknanya 3hb tu kenalah stay kat mana2 dulu takkanlah nak merempat pulek hohohohno walaupun abang dan kawan aku kat melaka ada offer stay dengan dorang tapi masa tu dah siap book dan bayar so wabillahitaufik walhidayah..Lagipun ini trip kawan2, nak enjoy tanpa menyusahkan orang lain dan supaya kawan aku pun rasa bebas nak bergerak. Gitu. Apapun terima kasih sangat offer. Aku pilih Masbro Village(walaupun review boleh tahan negatifnya) sebab dah jatuh cinta pandang pertama. Once tahu lokasi dia dekat Melaka, aku memang butakan mata, hati dah baca review hahaha. Kecintaan terhadap senibina, masih tinggi tau! Review ikhlas nanti kat bawah ye.

ENTRANCE! Welcome to Masbro Village!


Receptionist desk merangkap ofis, merangkap tempat dobi jugak. Sila sediakan deposit 100. Iron, hair dryer dorang provide kalau nak

Ini aku suka

cute kan!!!

Alhamdulillah berkat bertungkus lumus berkerja pagi hingga malam akhirnya berjaya memiliki rumah idaman

ouh dem! Mimpi di siang hari rupanya

ler..Hollywood ni kat Melaka je ke rupanya

Alang2, kita pergi LA la kejap cari roti canai

belah kanan tu cafe tapi since aku stay pun satu malam je tak sempat nak mengopi mahupun makan nasi

dahla tu meow...jom balik Malaysia makan ikan..sana ikan murah2 je

view dari bilik tingkat atas

Inilah lebih kurang bahagian dalam dia

Atas boleh tidur 4 orang, bawah boleh lagi guna yang sofa bed untuk 2 orang. Nak tambah lagi sila bayar lebih. 1 malam untuk 6 orang RM280 honestly quite affordable unless kalau ko pergi berdua je memang terasa la sikit mahalnya. Dalaman dia takde yang wow sangat, just nice la bagi aku. Tapiiiii, CERMIN PECAH tu spoiled, padahal masa pilih2 tu dah check dah tapi boleh terlepas pandang. So, kitorang pergi balik kaunter dengan harapan boleh tukar tapi staff dorang semua dah balik APAKAH?! Ade la sorang pakcik yang jaga kawasan tu dia pun tolong tepek guna masking tape. Kawan aku dah lain dah muka, hadoi spoil betul. Bagi akulah kan, ofis tu sepatutnya kena 24hours kot, at least buat shift ke apa. Ada emergency apa2 kesian weh. Satu lagi bab kebersihan, memang tak berapa memuaskan. Mungkin tiles tu tak sesuai sangat kot. Sayang la, tempat cantik sangat. Yang lain2 bagi aku takde masalah sangat, eventho ramai yang complaint pasal tangga tu terlalu steep. Yeah, untuk orang yang berusia memang kesian la tapi bagi yang muda2 atau yang selalu rasa dia muda macam aku ni, just bayangkan korang tengah hiking ke hahaha boleh? Be adventurous la sikit. 

So, bagi aku boleh dipertingkatkan lagi mutu since aku memang jatuh cinta dengan design Masbro ni seriously. Aku pun tengok banyak lagi tengah buat tu. Bolehla kot tambah staf biar ramai sikit,  maybe terjaga sikit kawasan. Macam yang signboard Hollywood Boulevard tu, masa sampai okay lagi. Esok masa nak check out tengok dah patah dah. Pagi tu memang ada orang photoshoot pun kat signboard tu. Bukan kitorang yang karate tau. Kitorang karok je dalam tu.


letak depan rumah comel gak ni


yang kaler pink tu dalam pembinaan lagi

nak mandi kolam pun boleh tapi i lupa nak bawak bikini bawahaha

Review pasal Bayou Lagoon Park Resort, dalam next entry okay. Harap2 nya malam ni boleh siap. whut?! Sila bemimpi di siang hari dulu. Thank you for reading ^^




Comments