ASSALAMUALAIKUM N HAI...
Masa dalam feri kat jeti Pulau Langkawi aritu kebetulan ada 2 orang pesakit yang kena transfer dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah..Kebetulan lagi aku duduk tepi tingkap, laju je aku amik gambar..Jakun tak?Actually aku tak tahu prosedur nak tukar hospital kena guna feri jugak..Disebabkan dipengaruhi cerita2 mat salleh macam E.R, Grey's Anatomy, House tak pun paling koman cerita Scrubs [doktor paling lawak], aku tengok macam senang je pengangkutan yang bernama helikopter nak dapat so aku bajet kalau ada kes emergency kat pulau2, mesti guna helikopter.
Ada putih2 sebab aku dalam feri ni..Ni kira dah bersih sikit berbanding feri masa pergi, berkerak.Eh, hensem pulak abang baju putih yang berdiri tu..hehe |
Kes yang ni agak tenat kot..Sila bertabah |
Nak je pergi tanya, kenapa tak guna helikopter? Jenuh jugak kot nak sampai Kuala Kedah tu, mahu dekat 2JAM..Yang sihat pun rasa bosan gila dok dalam feri.Aku fikir2, mestilah kena bayar kalau nak guna helikopter kan..Takkan free kot..Naik ambulans pun kena bayar kan?Kalau salah, bagitahu..So, pilihan yang mudah dan murah, kena guna feri jelah..Kesian jugak tengok, sakit apa tak tahulah pulak..Terasa jugak nak gi tanya, tiba2 menyibuk, dahla orang di saat2 genting..Tapi aku memang macam ni..Kalau pergi hospital, aku suka baca REPORT pesakit walaupun tak faham sangat pun..
Disebabkan habit tu, ada sekali tu aku pergi melawat kawan kat hospital. Macam biasa, aku bacalah report dia..Then, tetiba aku rasa macam faham apa yang doktor tu tulis, aku tanyalah kawan aku yang kena tahan wad sebab sakit perut katanya.."Eh, ko ada masalah air kencing ke?Ubat yang dia bagi macam untuk air kencing kotor jer?" Kawan aku pulak menafikan, dia cakap dapat ubat putih yang berangin tu je, alaa ubat gastrik tuuu..Aku pulak macam kurasakan something wrong sebab aku pernah ada masalah air kencing kotor dulu dan aku ingat nama ubat tu..So, aku check lagi rupa2nya korang tahu tak REPORT tu tertukar dengan patient sebelah kawan aku tu..Camne aku tahu? NAMA PATIENT jelas2 bukan nama kawan aku..Apa yang korang dapat simpulkan?Sedikit kecuaian boleh membunuh pesakit..Macam kes yang tersalah inject ubat kat bayi di HRPZ II,Kota Bharu tu yang menyebabkan salur darah tersumbat dan sel2 akan mati atau mungkin jugak pesakit alah kepada certain2 ubat..Bila sel2 dah mati, terpaksalah diamputasikan tangan bayi tu. Sedih bukan?Kecuaian kakitangan hospital dan takdir Allah yang harus diterima. Nak salahkan hospital 100% tak boleh jugak..Bukan dorang sengaja, tak ada hadiah yang terbaik untuk dorang bila pesakitnya sembuh dan boleh keluar hospital. Apapun, harap mereka belajar dari kesilapan itu dan semoga keluarga mangsa tabah atau sepatutnya semoga bayi itu membesar dengan menjadi insan yang cekal.
Comments
kena berwaspada lah
kasihan pada mereka yg mharapkan rawatan~~~
septotnye doc lebih peka..
silap ckit nt abes imej doc tercemar..
baru tadi dysmenorrhea..pergh...lega dah sekarang.hahak
p/s:Paling suka Greys anatomy!
OTAK LEMBAB
ehem3...sempat lagi tgk abg baju putih y encem tu yer...hehehe
jom main bdminton dgn ila..;-)
mmg kesian tau tgok org sakit tu kadang2 kalu feri penuh depa letak org sakit kat tepi2 beg penumpang lain... heli yg swasta punya ada kat sini, kalau nak kena bayar sendiri.
owh. ko ni ada perangai check2 rupanya.
kesian tgk baby tu dlm berita smlm..
sia pastikan anda mendapat rehat secukupnya seblum melakukan tugas harian anda.. ada kena mengena ke?
kita kena concern ngan segala hal..
nak nak bab yang leh menggangu gugat kesihatan.
kalau gi amek ubat tu,.. kita kena double check ngan kaunter..
apa jenis ubat,makan macam mana,betul ke nama kita,betul ke number pendaftaran kita kat slip ubat,..
sebab setiap manusia, takder yang perfect. so, kena sama sama beri kerjasama.
huhu..samapi gitu.. tatau pula pakcik yang depa guna ferri. bahya tu transfer guna ferri.
mungkin sebab kos agaknya. hm..entah la..