OSAKA is LOVE Part 5 - Universal Studios Japan (USJ)


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI~!!!



Hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Cheewah aku pulak yang excited padahal ni semua unnie-chan punya idea. Mestilah excited, dah bayar tiket mahal2 hahaha!

DAY 4 (maknanya ladylatravels dah hampir ke penghujung! *sendu di tepi tangga sambil nyanyi lagu Anuar Zain. )



Pagi-pagi lagi bangun, pukul 7 keluar dari bilik semangat nak menghadap shogo-chan tapi nampaknya shogo-chan x semangat pun nak jumpa kitorang haha ape daa gelap gelita lagi cafe. Pukul 8 rupa-rupanya baru buka. Tapi seriously aku syak shogo-chan pergi clubbing semalam sebab semacam je blur hahaha tahulah semalam hari Ahad. And then lebih kurang dekat pukul 9 jugakla kot baru gerak dari Higashimikuni station ke Shin Osaka Station. Kemudian dari Shin Osaka station, change line naik JR macam kat bawah ni haaa. (sebenarnya dah ingat2 lupa hahaha!) Anyway this rome2rio website sangat2 berguna. Aku banyak refer kat situ every time nak pergi mana-mana.


Turun dekat Universal Studios Japan station..aku mula2 ingatkan kena turun dekat Sakurajima, bajet USJ xde station.
Nasib baik nampak dia punya signboard station lepas tu confirmed dgn awek nippon ^^



And then, tadaaaaa! The Universal Studios Japan depan mata terus!

Welcome to USJ y'all~!


Adakah aku telah menghalang amoi di belakang? gomen2!


Okay, i'm so ready for the rides! Bring it on bebeh~

Tapi, unnie chan awal2 lagi dah bagitahu, nak masuk Harry Potter punya tempat dulu. Baiklah unnie, diriku akur. Tapiiiiiii, punyalah ramai makhluk2 yang datang USJ ni, padahal kitorang siap book tiket untuk hari Isnin lagi still bersesak gila! And then nak masuk Harry Potter tu kena amik 'Timed Entry Ticket' dulu. So please take note, jangan pergi beratur dulu. Amik 'timed entry ticket' dulu okay, pilih nak masuk pukul berapa sebabnya Harry Potter terlampau hot and spicy lol. 

nilah machine nya. masa ni cuak gila ingatkan kena bayar lagi nak masuk haha


See...rasa macam dah awal sampai tapi ni je waktu yang paling awal boleh masuk booo~!

Since ada dalam sejam++ lagi nak masuk, so round2 dulu dekat2 situ je dulu. Masuk snoopy, x main ape2 pun sebab crowded, kang melepas waktu melawat masuk ke tempat Harry Potter, ada yang jadi Voldermort nanti. Tapi i sempat beli souvenir kat snoopy studios heh heh~

Apeni, ponteng sekolah ke semua?




nampak separuh je muka abam blonde kat belakang, sila salahkan hoodie

Suasana dah ceria di astro, model je x berapa nak ceria


Snoopy ni femes sangat. ingat boleh la ajak berlari ke


tengah tunggu bas Harry Potter. okay tipu je

Road to Hogwarts School


Ron Weasley punya kereta..siap gerak2, bunyi2 hon lagi. tak sempat nak amik video


okay, skang ni yang mana satu aku punya tomodachi?


Cantik amat!


Tengoklah orang Japan ni cara dorang melayan orang memang tip top, dengan aku2 jadi friendly amat


Nampak sangat dah biasa beratur berjam2 siap prepare dah nak buat apa

Yup, memang lama pun masa beratur ni seriously dalam banyak2 rides yang aku pernah naik be it kat USS ke USJ ke, nilah yang paling lama dan panjang sekali. So korang2 kalau ada bajet lebih, amik 'EXPRESS PASS' please. Anyway, ride dia best. Kalaulah boleh naik banyak kali.

yang penting muka tetap excited


Cepat cakap, sape buli? 


Hogwarts School yang dirindui.


Sayonara Hogwarts School.


Magical Wand - Harry Potter


Banyak2 watak dalam Harry Potter ni, Professor Snape aku paling suka sekali sebenarnya ^^


Menahan sebak di dada sebab tak mampu beli hahaha..4900 yen okayh!

Lepas tu meleleh air liur pulak tengok orang pakai jubah Hogwarts School. And then baru tahu rupa-rupanya boleh je pakai sekejap untuk bergambar. Seriously tak expect pun boleh camtu. Free pulak tu. Dahla staf2 dia rajin je melayan kitorang. Apalagi, barang free mana leh tolak.

Domo arigato gozaimasu!
mina-san, we're officially graduated from Hogwarts School ^^

Terima kasih diucapkan kepada mak ayah, orang2 kampung blablabla


Masuklah~


Ingatkan boleh amik video masa naik tapi for safety, camera kena simpan dlm beg




Butik Hello Kitty


Teringin jugak nak naik sebenarnya tapi tak sempat


Lepas tu masuk Terminator kejap sebab tengok line macam tak ramai. Dengan harapan ride dia pun best jugak tapi sorry sangat, memang boringnya lahaiiiii sampai kesian tengok dorang beriya-iya berlakon walaupun aku rasa dorang layak dapat pujian sebab ikhlas berlakon dan bersungguh-sungguh. so, x sampai hati nak kritik lebih2 hehehe. Nasib baik Spiderman punya ride best!



Terus kitorang bagi saranghae lol sebab fun!


ni kalau makwe lalu depan mata pun x malu camni sebab tutup habis


Yang duduk tu character dalam 'Sprited Away', Hayao Miyazaki nya anime.
Kalau pergi Tokyo, wajib pergi Ghibli Museum especially for anime lovers/Ghibli's fans (akulah tu) 


Dah dah..layankan dorang, ada yang subuh kat sini kang


Bye USJ, ada rezeki, umur panjang i datang lagi. 

Aku laju2 suruh unnie-chan pose depan train Harry Potter since dia fanatic HP. Kesian Ron, terlindung terus XD


And then baru bajet nak pose jugak, datang train Snoopy photobombed hahaha

Persoalannya, puas tak? NO!!! memang tak sebab tak dapat naik semua rides seriously beza sangat kalau pergi USS, aku siap boleh repeat rides yang aku suka. Kat USJ, usahkan nak repeat, nak tawaf semua pun tak sempat. Sebab tulah aku suggest kalau ada bajet lebih, better beli yang 'UNIVERSAL EXPRESS PASS'. Tak perlu nak beratur panjang, lama2. Cramp kaki ni nak oiii! Nak compare/review pun x boleh camni sebab unfair lah kan, tak habis tawaf.

Sampai hostel dah lewat gila. Lupa nak bagitahu, masa breakfast unnie-chan ada request breakfast untuk hari last kitorang. Masa tu confident je bagitahu flight balik Malaysia pukul 2 PETANG. Aku pun ye ye je walaupun macam eh betul ke sebab rasa macam pagi je but since dia yang arrange tiket so aku pun blur jugak, x cakap apa2 until sampai hostel lepas balik dari USJ aku saje nak check flight KL-TGG aku. Apeni, flight kitorang pukul 10 PAGI la!!! Unnie-chan yang baru je tarik selimut terus bangun balik packing bag siap sebab pukul 6 lebih dah kena keluar rumah. Gila kan kitorang ni! Lagi satu, siap request kot kat shogo-chan untuk last breakfast esoknya huwaaaa sedih gila, nak say goodbye pun tak boleh. So, kitorang tinggalkan sepucuk surat gitu lol. gomenasai, sumimasen!

DAY 5 - Sayonara Osaka T^T

Kat dalam sebak nak mampus nak meninggalkan bumi nippon. Pukul 6.30 pagi time ni

Hamik, entry paling panjang kot. Nanti aku buat entry penutup, combine semua dalam satu entry. Tak habis lagiiii~! Nak share la sikit pasal bajet, beli kat mana tiket, wifi semua. Okay, chow cin cau, nak mimpi shogo jap bwahaha~!!!



Comments