OSAKA is LOVE - The Unforgettable Trip [Last Part]


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI~



Firstly nak ucapkan tahniah kat diri sendiri sebab berjaya habiskan update Trip to Osaka ini dengan jayanya. Alhamdulillah! even yang Korea pun sampai Part 1 je lol. Hopefully lepas2 ni makin rajin lah ye, banyak lagi pending trips ni lepas ni nak kena share kat sini hee!

So kesimpulannya dengan 5 Hari 4 Malam inilah destinasi2 yang sempat kitorang jelajah. Aku akui memang banyak kekurangan, yelah ni boleh dikatakan bajet trip jugak kot. Pergi pun 5H 4M je. Tak sempat ke Kyoto dan Nara pun. Tapi takpe, yang penting dah sampai ke Jepun, sugoi~!


Subway - New Tram - Fare Table *klik untuk pembesaran*

Osaka Subway Route Map. *Klik untuk pembesaran*



DAY 1 - Namba, Dotonbori







DAY 2 - Tsurumi-Ryokuchi, Shinsaibashi








DAY 3 - Osaka Castle, Tennoji, Shinsaibashi











DAY 4 - Universal Studios Japan (USJ)









DAY 5 - Home Sweet Home

Ini bukan tiket kotobang, ini tiket JR Limited Express Haruka ke Kansai AIrport



KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LEBIH DETAIL GITU



PART 3 [Food Hunting]



Tips Sebelum bertolak

1- Bila nak pergi ke negara 4 musim ni make sure kena check musim apa, suhu berapa darjah kat sana. 

2- Study betul2, nak pergi mana, subway semua, exit kat mana. rajin2lah baca blog travel ^^

3- Makanan wajib bawak especially for muslims, kot2 x jumpa halal food

4- Check dulu tempat ape yang kena cas masuk semua nanti xdelah terkejut

Apa lgi ye, sebab aku xdelah prepare sangat pun sebenarnya haha so agak gamble jugak kot. Sepanjang kat sana aku guna PORTABLE WIFI, share dengan unnie-chan. Bayaran per day RM15. Bagi aku sangat2 okay sebab aku ni ada 2 hand phone so jimat la sikit, lepas tu x perlu leceh2 nak tukar sim card ke apa. Dahla simcard sebesar semut skang ni. Klik sini TRAVEL RECOMMENDS untuk lebih lanjut.


"Berapa kos semua?"

Soalan famous orang tanya every time aku update kat FB sebab aku memang x bising nak pergi mana2, tup2 update kat FB baru balik dari travel. So, time tu siap sedia semua baldi, kuali, tong nak tadah soalan2 cepu emas.

Flight tickets: RM776.08 (tengah offer!)
Hostel Fuga: RM857(5D 4N) bahagi 2 = RM428.50
Tiket USJ: RM255 ( paling murah kitorang jumpa kot. beli kat SINI )
WiFi Router: RM15x5days = RM75 bahagi 2 = RM37.50

Okay, sila campur sendiri hahaha...Adalah dalam RM1500. And then terpulanglah kat korang nak jalan2 kat mana yang memerlukan tiket, nak shopping apa, makan apa. Hostel tu memang rate kat Japan camtu, kalau nak murah amik yang jenis capsule ke, guesthouse ke, yang mostly jenis shared bathroom. AKu dengan unnie-chan memang prefer yang private bathroom so Hostel Fuga tu antara yang paling murah sebenanrnya. Yang penting, selesa, layanan tip top, ada shogo-chan XDD. Kitorang book dekat Booking(harga mungkin berbeza mengikut tarikh) ataupun korang bolehlah check IG dorang dulu ke ---> hostelfuga.




Apa yang membuatkan aku rasa trip ni sangat2 lovely sebab kitorang langsung tak rasa macam alien bila kat sana. Of course la tak semua boleh speaking tapi cara layanan dorang yang mesra dan ikhlas tu memang kau boleh lupa yang korang sebenarnya macam ayam dan itik bercakap hahaha. Kemudian kawasan Hostel Fuga ni sangatlah aman damai seriously tenang gila! Sampai rasa macam dah kat kampung sendri dah. Arghhhh gila rindu kot! 

Bila ada kawan aku tanya macam mana ko boleh pergi sampai Japan ni sebab sesetengah orang punya mentaliti bila nak pergi travel ni kena ada 5K something2 at least so sebab tu ada yang lebih rela menghabiskan duit untuk pakaian & makan. No, aku tak kisah pun, masing2 ada minat masing2 tapi since aku memang minat travel, dengan gaji aku yang xdelah besar sangat, pandai2lah berkorban. Honestly, aku jarang shopping pakaian atau makan mewah2 so maybe aku jimat kat situ. Lepas tu aku kan single lagi hahaha, so apa salahnya bagi reward kat diri sendiri sebab berjaya survive hidup bujang tanpa ada hasad dengki tengok kawan2 hidup berkeluarga lololol. 

Tapi sebenarnya kan, tak pernah sangka pun boleh pergi travel jauh2, backpackers lagi. Ingat lagi masa pergi ke Korea dulu, berempat je. time tu rasa macam kecik je group kitorang. So bila pergi Jepun berdua je, time tu terfikir, no wonder ada yang challenge diri sendiri buat solo trip. Tapi aku taklah kot sampai ke tahap tu. Tak best langsung jalan sorang2, dahla aku kat ofis pun lone ranger bersama 4 flower boys, cukup2 la tu mengalonekan diri hahaha. Apapun, tepuk dada tanya selera. Sama jugak dengan bajet. Kalau ada bajet besar, pergilah lama sikit baru betul2 puas. Macam aku takdelah bajet sangat, kategori sederhana kot. Yang penting, niat kena betul, solat jangan tinggal. InsyaAllah perjalanan akan diberkati ^^

Ole2 made in nippon

Okay bye! ^^

Comments

Zura said…
Assalamualaikum dyla...ingat lg x...zura merrygoround???

Dulu cari blog dyla tp xjumpe...lah nie br jumpe...saje nk tgk lukisan2 dyla...hikhik...
lady-D said…
@Zura
Waalaikumussalam Zura~!!!
Of course dla ingat lagi. Haritu domain kena amik dengan org jepun sebab terlewat renew. Skang ni ingat nak aktif balik blogging konon hehe. rindu pulak nak lukis2 cam dolu2.

anyway, selamat menjalani ibadah puasa Zura ^^
Zura Tahir said…
Oooo...patutlah...selalu taip .com belakangnye...patutlah kuar bahasa jupun...hikhik...nmpaknye kena set balek blog dyla...

Selamat berpuasa juga tuk dyla...thanks sbb still ingat kat kite...^_^
Zura Tahir said…
Dla...blog dla xboleh masuk dlm bloglist lah...add dh betul tp cannot detect...
lady-D said…
@Zura
yeke? actually mmg perasan ada something yang x kena lepas tukar domain dr 'com' to 'net' ni. Apa yang dla post, macam tak update dekat reading list. sebab tu followers tak jumpa blog dla. nanti nak kena check setting balik kot. Dah lama tak godek2 blog camnilah, merajuk kot ^^
Zura Tahir said…
Ooo...ye ke...bile nk ke blog dyla terpaksa cari komen2 lama dyla....click kat situ je br boleh masuk...nk terus taip add mmg xjumpe lah gamaknye....