BESARNYA DUGAAN ITU

ASSALAMUALAIKUM...
Maaf, tak sempat nak BW kencang-kencang,  sungguh aku sangat sibuk, adalah 2,3 blog sempat baca tuk hilangkan kemengantukkan..Pagi semalam bermula dengan perasaan hampeh sebab TAK BANGUN SAHUR..Sekarang ni bangun sahur adalah HOBI aku..Aku kena bangun sahur selain ia adalah sunat tapi bagi aku sahur sangat penting untuk aku bekerja dengan lebih efisyen..Hamik kau, efisyen siyot..Apabila sahur selain buah kurma aku wajib minum NESCAFE kalau tak aku boleh collapse macam ni haa..

Sahaja aku tak sempat nak kaler..Gigih gila lukis fail berbundle-bundle tuh..ngee
Disebabkan tak sempat sahur, sedar2 je dah bunyi meriam, kebarangkalian untuk menghidapi sakit kepala adalah sangat tinggi..So, aku masuk ofis, aku tidur bawah meja..Diulangi BAWAH MEJA !!!Sebabnya aku taknak ada orang kacau aku, memang kepala aku perlukan ketenangan saat itu..Aku sampai opis pukul 7.10, masa tu takde orang lagi, walaupun tidur tapi telinga tak berapa nak tidur so aku boleh dengar cakap2 budak unit aku sebab handbag aku ada tapi tuan takde..Ayat paling hampeh dorang cakap... 

"DLA NI PERGI BERAK KE? BERAK BATU AGAKNYA LAMA SANGAT".
Sungguhlah busuk pemikiran mereka ini..

Pukul 8 aku bangun buat kerja gila2 sampailah tengahari aku berhajat nak tidur lagi kat BAWAH MEJA sebab kepala aku dah start berdenyut..Time tu aku betul2 tidur siap bermimpi lagi..Sehinggalah aku terjaga dari mimpi sebab aku rasa macam lama je aku tidur, check handphone, baru pukul 1.40, aku ingatkan dah petang..Hahaha..gelabah jugak woo aku time tu..Aku rasa nak teruskan sampai pukul 2.00 TIBA-TIBA aku nampak abang cleaner masuk kat tempat aku..Abang cleaner ni kerja dia adalah mengvakum..So, aku fikir, nak teruskan tidur ke nak bangun ni..Baru je nak teruskan tidur aku tengok abang tu macam tengah MENCARI sesuatu..Kemudian, sila baca dengan perasaan suspen...

AKU NAMPAK ABANG CLEANER TU SEDANG MERABA HANDBAG AKU !!!

Seriously tangan dia dah masuk dalam handbag aku..Disebabkan aku terkejut so aku sergah beliau!!!Tahu beliau jawab ape? "Errr, ada PENGETIP KUKU tak?" Hoh, kalau yer pun nak pengetip kuku takkan sampai seluk tangan dalam handbag orang der? Ramai2 orang kat opis ni, kenapa aku yang beliau tak pernah nak senyum tiba2 datang nak pinjam pengetip kuku?Ini betul2 menimbulkan syak wasangka yang tinggi..Lepas tu kan aku fikir, napelah aku tak tunggu lama sikit, nak tahu jugak beliau nak amik apa sebenarnya tapi aku time tu tengah terkejut memang main sergah terus..Nak je aku gi report kat bos, tapi bila aku fikirkan masa depan beliau aku rasa tak sampai hati so aku diam je..Dahla selama ini aku memang bengkerk dengan beliau sebab selamba je masuk kat ruang solat wanita..Pernah aku keluar dari bilik air dengan pakai serkup je, beliau nak masuk dalam ruang solat wanita..Rasa nak cucuk je bijik mata beliau laju2..

Tapi aku bersyukur sangat sebab actually handbag aku tu baru beli dan susah sikit nak bukak, kalau handbag lama tu, bukak zip je, terus nampak apa yang ada..Memang aku nampak sangat kesulitan beliau ketika meraba handbag aku..demmm ouh! Dahlah duit dalam tu tuk bayar biskut2/kek2 tunjuk yang aku order, memang nangis rrr kalau amik..

Beliau seluk tangan kat belah tepi beg..tak pandai nak bukak camne kot

Tapi bila baca DUGAAN yang ini, jatuh air mataku...sungguh!

Berita tentang pemergian anak kecil bernama DANIA EMELDA AQASHA betul2 buat aku tersentuh..Aku tersentuh kerana melihat ketabahan anak kecil itu melawan penyakit LEUKEMIAnya..Aku tersentuh melihat ketabahan IBU DANIA dan aku cukup tersentuh kerana ibu Dania adalah seorang IBU TUNGGAL..Sila baca kisah lanjut beliau DI SINI..Al-Fatihah buat adik Dania...


Comey kan arwah adik Dania ni..Sakit pun masih mampu tersenyum

"Kepada insan2 yang sedang diuji, bertabahlah..Kamu diuji kerana Allah tahu kamu mampu menghadapi dugaan-dugaan itu.."


Sesungguhnya aku bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat.Aku bersyukur hari ini aku masih diberi nafas.Hargailah nikmat kehidupan ini..Jangan sia-siakan dengan perkara yang sia-sia.Terima kasih kepada ibu yang melahirkan aku dan ayah yang gigih mencari nafkah.Perasaan aku memang sentimental setiap 24 OGOS! Maaf, hari Rabu bukan hari wordless aku..huhu


nasi tambah : mood raya tak berapa nak mai lagi ni..tapi yang pasti, lusa, pagi2 lagi balik kampung...Yibba..yibba..

Comments

Lea Isnawi said…
gile brani nak selongkar2 beg org
alasan nak ketip kuku cam mengarut je
Hanis MY said…
Sedihnya al fatihah utk adik dania Wahh dyla nuke main lg pokcik yu deyh. Hati2 la deh...bahayo tu mujo takdok gapo
shazmir said…
emm..sian kan baby tuh...
btw nice blog..comel..
xyz4mir.blogspot.com
Unknown said…
muahhaa..tok tibea neskopi jd ngatok..serupo la kit..tibea hok white kopi baru jadi
cik heroin said…
berani gila main seluk2 cmtu je >.<
Acik said…
semoga kita terus tabah menghadapi segala ujian dan cabaranNYa. amin!
blog-tips-kurus said…
Allah > sayang Dania..
Robot | Sakti said…
potong je tangan dia tu.

hehehe
Hafizin Jamil said…
silap besar tu tak kantoikan mamat tu..aha
Anum said…
jahatnya
sedih anum baca
Aleen Aiden said…
pergh3..sygnye timing ko sedikit xkene.klo ko tggu cket lagi.mungkin ko da bley menyelamatkan opis ko dr kes kecurian bertubi2.heh~
aanie said…
patut mu tunggu lama skit la..tgk dia cari pengepit kuku ke duit...huhu..cari duit raya betul la...

aku baca gak cite adik dania tu...mmg sedih weh...nangis aku..al-fatihah...
eemm...nampak gaya bukan nak cari pengepit kuku*alasan* tu...benda lain yg diidamkannya....

kakD pun esok last day keja...pastu cuti seminggu yahoooooo.....
logorithm said…
Ish... I pon syak ada orang yang ambik duit dari dompet I yang diletakkan atas meja sebab cepat sangat duit RM50 I habis. Masalahnya I tak kira pulak berapa banyak duit yang ada dalam dompet.

So sekarang I tak simpan lebih daripada sekeping RM50 dalam dompet. Kalau yang sekeping tuh hilang, memang sah ada orang curik.


Terbaru dari Logokoko:

[U] Gadis comel

[U] Kentut durian

[18SX] Haaa??? Video seks Paris Hilton tersebar lagi???
anumuchan said…
aa jgn tinggalkan sebarangan handbag,bahaya..isk2..

alfatihah jgk buat adik dania tu..sedih baca blog mak dia..isk2
miera said…
kuang aja betul mamat tu, bulan pose nih.

erm, budak tu terus masuk syurga kan,

AL-FAtihah
ILA HonEyBuNNy said…
bahaya jugak neh...selamat beg tu susah bukan kan...

al-fatihah untuk arwah adik dania...

kita kena tabah menghadapi ujian dr Allah...pasti ada hikmah di sebalik ujian di berikan..
Qaseh Dalia said…
mati tak mengenal umur ..
alfatihah .. comel sgt ..
Rina Rahamat said…
bulan puasa pon nak mencopet..haih..
zati embong said…
dLa,mesti dia sgt terdesak kan smpai nk mencuri.nk raya kan.dia plak lelaki,tnggungjawab berat.tp ada bnyak cr kot nk cari duit

comelnya arwah dania.sgt..dia bahagia di sana.
Unknown said…
papa mifz sehari x dapek nescafe pun x keruan wor....
Fariross said…
aaiiihh... bulan posa, nak capek gak nih... sib baik ler kau nampak ekk...

Ish... beg raya ke?? keke...

Ya betul bersyukur bila badan kite sht sbb aku rindu aku yang sihat n aku tau suami & anak aku terutamanye rindu aku yg sihat sbb sejak x sihat nih, tension asyik nak marah die jek... kesian beliau itu...
little ain said…
kalo ain mesti diamkan je time tu. buatbuat macam tak nampak sebab kadang kadang tak sanggup nak tegor kan. tapi agak agaklah mamat ni. bulan pose pulak tuh. biar lepas ni konpem die dah tak berani nak angkat muka kan.
Aujinz said…
lepas nie berjaga jaga dengan lebih lagi...

Al Fatihah untuk adik Dania
amny said…
comelnye die....

ALLAH LEBIH SAYANG KAN DIE..UHUHUH

alfatihah..
miZz_nizZ said…
nnt makan la sahur..idak nnt kple sakit lg trok plak..naye je. yg cleaner tu plikla.gile ke keje cleaner nk pgg beg2 org.btol ke ni? sib baik beg 'baru'kn?hehehe.

alfthah jugak utk adik tu..sian die kn.moga dtmptkn dklangan org beriman..

esok shur la ye..masyuk sket tido bwh meja!=P
Unknown said…
pergghh..bahaya tu...lepas ni sape lak akan jadi mangsa dia..better report je kat boss
Myra Jay said…
Nak cari pengetip kuku tak reti nk mntak ke?? Kalau ye pun tunggu la smpai tuan ada ke kan, ni suka2 je main seluk2.. Seb baik sempat kan..