#ladylatravels: The DARAs in Ho Chi Minh/Saigon (Part 3)


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...


Say hi to ladydyla's new face! lol. Walaupunnn..walaupun blog ni still dalam status misteri tetapi hidup perlu diteruskan hahaha..Maka sebab itulah travelogue #ladylatravels perlu disambung.



DAY 3 (WARNING! Gambar meriah macam hari raya)



Mekong Delta Discovery One Trip 320,000 VND(A/C bus-motorboat-coconut juice-floating fishing village-several islands-Ben Tre province-coconut candy workshop-photo with a python-unicorn island-lunch and praying-bee farm-honey tea-fruit farm-enjoy some local fruits while listening to folk music by a local band- rowing boat-kilang tudung neelofa dan tudung bokita) - Halal Amin Restaurant.

kalau nk tengok floating market, amik pakej yang belah kanan tu

Hari yang produktif jugak macam hari ke-2 tapi bezanya kali ni tak guna kaki sangat. Masa hari mula2 sampai kan kitorang dah discuss nak pergi mana, Cu Chi @ Mekong dan Mekong menang! Dia ada dua tau. Yang aku pergi ni bukan yang floating market tu. Yang tu jauh, perjalanan dalam 5-6 jam dan kebiasaannya orang akan bermalam kat situ since aktiviti jual beli lebih happening pada waktu pagi. Sebab tulah kalau pergi day trip, ramai yang kecewa tak dapat tengok orang menjual beli dalam perahu. So trip yang aku pilih ni delta mekong, dalam 2jam sahaja so tak perlulah nak bermalam. 


Pagi-pagi lagi bangun, breakfast ala kadar and then berkumpul depan Bismillah Tours and Travel. Dekat je, belakang hotel kitorang je.


Sand Dunes tu macam memanggil-manggil je abis camno ni kata xnak repeat dah

cantik sangat dekor dalam bas ni

Dear pakcik, ye saya tahu kerusi tu lebih cantik dari kitorang 

Rahmat Mega. Katanya

Dah masuk bandar Mekong, berhenti shopping 

Kalau korang ikut trip ke Mekong one fine day, dan singgah shopping kat bandar dia please beli banyak2  sebabnya lagi murah dari Ben Thanh seriously kitorang menyesal tak borong banyak2 kat situ. Nasib jugaklah tergerak hati aku nak beli jugak t-shirt 3,4 helai kat situ since aku aku tak expect murah camtu pun. Kalau t-shirt kat situ dalam RM7 sehelai, kat Ben Thanh RM10-15 camtulah kot. Urgh.


Muka dah macam gersang tak sabar nak naik boat sambil feeling titanic

dah start redup2 dah cuaca

boat dia ada langsir


buah kelapa ni dah termasuk dalam pakej



kilang gula2 kelapa

rasa chewwy2 macam sugus

This is 'ppurung'

Kakak kawasan datang melawat

Baru tahu yang Cik Azian ada bakat terpendam

Scene seram bakal menyusul dugeun dugeun

ada encik sawa kat sini

Masa tengah syok2 tengok orang buat gula2 kelapa, Encik Rahmat datang kat kitorang kalau nak tengok or bergambar dengan python boleh pergi depan. Terus laju pergi excited lol lepastu terkejut tengok mak aih besar kemain rupanya hahaha. Sembang dengan Cik Azian setuju nak pegang since nampak macam mood baik je Encik Sawa ni. Aku ni sebab dulu konon pernah pegang masa convo kakak kat UUM, tapi time tu kecik je, pegang pun camtu je. Cik Azian pulak cam semangat jugak nak pegang.

Tengah serius fikir nak pegang ke tak hahaha

Tadaaaa...I dapat kawan baru.

Cik Azian yang macam malu2 kucing nak pegang ke tak

Last2, aku sorang je yang pegang. Aku pun tak tahu lah kuasa apa yang boleh buat aku pegang siap letak atas bahu. Apapun, precious memory indeed.

Macam2 cerita dalam satu gambar haha. 

Encik sawa ni berkenan kat Cik Azian sebenarnya

Paling kelakar bila sisik ular tu tercabut dan melekat kat tangan aku. Tak tahu lah camne boleh sampai tercabut lol so aku tunjuk la kat dorang, tunggang terbalik semua lari aku pun tak faham weh, aku tunjuk sisik ular je kot. Haru biru betol semua.

Dah puas beramah mesra dengan encik sawa, masa untuk beramah mesra dengan encuk kuda pulak. Kecik je kudanya, kuda padi aku rasa so sebenarnya cam kesian pulak kena bawak kitorang yang berat mata memandang ni huwaaa.

Terima kasih, jasamu kukenang.

Boleh pecah lemak dia punya power kekudaan tu

Hujan dah start turun time ni


Lepas naik kuda, kita bermesra dengan lebah pulak. It's legit. Hari Mesra Haiwan y'all. So, minum madu, makan kerepek pisang, kalau nak beli madu pun boleh.

Teringat masa kat Thailand, just beza kali ni tengok dari jauh je.

Kerepek pisang ni sedap gilos

Madu

Dah puas bermadu, eh...Kita solat dan lunch. Dekat2 je jaraknya..Jalan kaki je. Kat tempat makan pun cantik je port dia so apalagi dah memang sejenis pantang tengok tempat cun. 

bolehlah..bolehlah kalau dah lapar ni bagi je apa pun

Haaa..lawa kan 

Sesi terapung bakal bermula in 3, 2, 1...

Ni lah jadinya bila perut tengah penuh. Takat gear satu je mampu

next time buat lah macam i. bengkokkan kaki barulah nampak tinggi
hingga mencecah langit ke-7

Dah..dah..lama2 kang ada yang kena tinggal dengan Rahmat


Next, pergi makan buah pulak. yum yum!


macam kat Panyee Island(Thailand) pun ada Mekong ni

Menunggu buah hati XDDD

Nilah buah hati I. 

Pandailah dorang ni amik hati kitorang. Siap nyanyi lagu malay lagi

Macam buah-buahan kat tempat kita je sebenarnya
Bergambar dengan retis y'all


Excited nak naik boat pulak. Walaupun terpaksa tunggu hujan berhenti.
Asal jangan cancel dahla

Seram jugek weh sebenarnya boat dia sumpah x rasa secure langsung haha.

Macam2 fikir, buatnya terbalik camna. Dahla xde life jacket,
semua x pandai berenang pulak tu

Tapi makcik2 ni expert gila mendayung kalu tak xdenya berani nk selfie

Pedulilah double chin yang penting dapat bergambar dengan makcik pilot.
co pilot kot. lol.


Comey je sopan je sorang2

Makin lama makin berani 

dan semakin poyo


Meksha jugak la untung ada pic atas boat camni.
since boat ni boleh naik 4 orang je so dia cakap nak tumpang family ni.
 

budak ni cute amat

Last stop, kedai tudung, kain, telekung blablabla

Kat sini punya lace pun murah dari Ben Thanh. Seriouslylahhhh

Maka tamatlah trip Mekong One Day ini. Sebelum balik hotel singgah makan kat Halal Amin dulu, dekat je dengan hotel kitorang. Bab makan, lain entry ye. So that's all untuk hari ke-3. Thank you for reading ^^

SUMMARY

Comments