#ladylatravels: The DARAs in Ho Chi Minh/Saigon (Summary - Itinerary - Halal Food Hunting)


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI

Fuh, tepuk bahu, tahniah akhirnya dah boleh move-on! lol. Terimalah, ringkasan 5 Hari dan 4 Malam Trip The Daras in Ho Chi Minh ini ^^

First of all, ni hotel yang kitorang stay. Gambar semua cilok dekat booking.com sebab terlupa nak letak memory card haritu masa snap lels. Bagi aku selesalah, kitorang book 2 bilik, satu untuk 2 org, satu lagi untuk 3 orang. Dekat gila dengan Ben Thanh, jalan kali 5 minit je. Yang paling best harga berubah mengikut nilai matawang semasa. Masa book haritu total untuk 2 bilik seribu lebih. Hari masa pegi total untuk 2 bilik jadi RM979 je so sorang bayar dalam RM195 sahaja. Bayar guna RM pun boleh selain Dong dan USD.

Song Anh 3

DAY 1
-KLIA2 - Tan Son Nhat Int'l Airport
-Check in at Song Anh 3 Hotel
-Ben Thanh Market
-Rohani Collection
-Restoren Hajah Basiroh
-Pasar Malam Ben Thanh



DAY 2 (City Tour - jalan kaki je)
-Tao Dan Park
-War Remnants Museum (VND 15,000 = RM2.80)
-Independence Palace
-Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon
-Saigon Central Post Office
-Saigon Opera House
-Masjid Musulman
-Halal Saigon
-City Hall
-The Golden Dragon Water Puppet Theatre (VND 230, 000 = RM42.00)



DAY 3 (Mekong Delta Discovery One Trip - amik Pakej Bismillah Tours & Travel RM64/pax)
-A/C Bus
-Motorboat
-Coconut Juice
-Ben Tre Province
-Coconut Candy Workshop
-Photo with a python
-Horse cart riding
-Unicorn Island
-Lunch + Praying
-Bee farm
-Honey tea
-Fruit farm
-Enjoy some local fruits while listening to folk music by a local band
-Rowing boat
-Kilang tudung Neelofa and Bokita
-Halal Amin Restaurant



DAY 4
-Bitexco Financial Tower/Saigon Sky Deck (x naik pun)
-Taka Plaza
-Ben Thanh
-Restoren Kampung Melayu
-Pasar Malam Ben Thanh



DAY 5
-Check Out
-Tan Son Nhat Int'l Airport
-Depart to Kuala Lumpur


Tetiba rasa malas nak bagitahu jumlah belanjawan kat sana hahaha sebabnya trip ni takdelah bajet sangat pun. Camnilah, all-in cost dalam RM1000 kot. Lebih2 sikit camtulah makcik lupa huahua since aku takdelah shopping sangat. Dalam itinerary asal sepatutnya nak pergi SKY DECK, BIN QUOI TOURIST VILLAGE, RUSSIAN MARKET dan STARLIGHT BRIDGE/ANH SAO BRIDGE tapi nak kata tak sempat tu sebenarnya sempat je just ada yang tak habis lagi shopping so takdehal lah, bagi can dorang shopping puas-puas. So aku bagitahu ni sebab mungkin boleh ditambah dalam itinerary korang ke. 

FOOD HUNTING

Pasal makan @ restoren halal untuk yang 1st time ke Vietnam, bagi aku takde masalah sangat pun, banyak sangat kedai2 halal especially dekat Ben Thanh. Jangan ko datang penyakit was2 tak bertempat sudahlah. Kalau was2, baik ko gi rendam maggi kari ko sudey. OKAY.

So, aku bagilah review sikit restoren2 yang kitorang sempat pergi. Masa HARI PERTAMA kitorang makan kat Restoren Hajah Basiroh. Tapiii, dorang semua komplen tak best especially TOM YAM. Cair. Aku senyap je sebab aku yang rekomen bwahaha. No, camni, masa pergi tahun 2014 dulu dengan geng lain, kitorang tak order lauk2 yang camni; tomyam, sayur campur, telur dadar etc. Masa tu geng 2014 order Nasi Goreng, mee pho dan yang sewaktu dengannya je. Hari2 memang makan kat situ je lol. So far semua takde komplen pun so tak sure samaada geng 2014 memang tak cerewet ke atau terkena menu yang kitorang makan dulu sedap. Geng 2014 semua kaki travel kot, sampai europe mana dah so, IDK! Mungkin dah dilatih supaya tidak cerewet bila travel but IDK lah! Not that saying The Daras ni cerewet okay. Dorang sporting gila jugak. Mungkin jugak tukang masak yang dulu balik Malaysia hehe. Apapun, syukur selalu ^^

sampai lupa nak snap tomyam cair ngeeee

Hari ke-2, masa singgah solat kat Masjid Musulman, ada 2,3 halal restaurants kot lepas tu tanya orang yang jaga masjid(kot! ke penjaja kat situ. lupa!) dia cakap kat depan tu(depan masjid) sedap dan murah. So tengok2 menu, semua pilih Nasi Goreng garlic apakah betul. Dia camni, sebab kitorang dah collect duit siap2 untuk makan, taxi, tiket, hotel so aku rasa bila sorang order yang tu, jadi yang lain cam tak berani nak order yang harga tak sama. Faham tak konsep tu hahaha. Rasa dia okay je bagi aku. Lapar kot. Lepas tu siap dapat diskaun lagi haa, so jangan nak ngada2, dah order nasi goreng garlic memang rasa garlic lah wey.

Halal Saigon namanya. Dekor dia cantik.

Hari ke-3, kat Halal Amin. Yang ni dekat dengan Hotel kitorang je. Singgah selepas balik dari Mekong tour. Kali ni semua lain2 menu. Sebab aku nak makan Chicken Pho. Dari 2014 mengidam bwahaha. Yang ni serius sedap. Vietnamese Spring Roll pun bolehlah. Tapi tak habis, gatal sangat order 2 set so suruh staf dia tapaukan.

Halal Amin. Pho tu sedap gilos!


Hari ke-4 kitorang makan kat Restoren Kampung Melayu. Mula2 tu nak try kat Salima yang satu building dengan Hotel An Tam since nampak logo 'Jalan-jalan Cari Makan'. Masa nak masuk tu, jumpa dengan geng yang ikut Mekong tour, dorang cakap kat Kampung Melayu best. Dipendekkan, memang BEST! Order macam2 dah kot. Hari last la katakan, duit collection banyak lagi sebenarnya.

anyway, mee goreng mamak tu harga dia RM18 lalala

Rasanya, tu jelah kot rumusan sepanjang 5h 4m kat sana. Ada terlebih dan terkurang tu biasalah. Apa yang penting memori dan pengalaman yang berjaya dikutip. InsyaAllah, till next trip. Thank you for reading ^^


Comments