ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...
Okay, seriously lah, bila nak habis update ni? Next trip dah nak hampir dah ni. Doakan saya rajin update please hahaha. So Day 4 dan 5 ni kira buat sekalilah since hari ke-4 tu bukan pergi mana-mana sangat pun. Sha dan Cik Azian nak habiskan masa dengan shopping je, duit dorang banyak lagi huahua. Ikutkan aku nak jalan-jalan lagi, hmpphh. Takpe2, kita tak boleh paksa orang kan, sebab yang penting, semua rasa happy dan puas gitew tidak kiralah melalui shopping mahupun jalan2.
DAY 4
Bitexco Financial Tower/Saigon Sky Deck - Taka Plaza - Kampung Melayu Restaurant - Night Market
Hari ke-4 dimulakan dengan breakfast maggi goreng hahaha. Ingat tak yang aku tunjuk stok kitorang bawak tu, berlambak gila lagi, maggi, biskut semua. Kitorang memang tak nak bawak balik dah, lagipun memang semua dah pack gila bag. So, menketedarah lah maggi sorang2.
And then Sha dan Cik Azian datang lepak, buat kira2, sebab ada yang dahulukan duit, so kena settle dulu. Sha cakap, taknak jalan2 dah, nak habiskan masa kat Ben Thanh je. Nak rest, takut letih dan macam2 lagi. So, okay, takpe tak boleh paksa.
Tapi aku, Ayu dan Najwa totap nak jenjalan hahaha. Rugi kot, hari last ni. Masa kat Japan, hari last aku keluar selepas subuh, pukul 11 malam baru balik. Tapi since matlamat lain2 kan, aku ni more to jalan2 kot. Tapi kitorang jalan2 area Ben Thanh je pun, pergi Saigon Sky Deck, Taka Plaza yang semuanya menggunakan kaki je.
 |
Sampai pun akhirnya. Asyik tengok dari jauh je |
 |
Beriya Ayu pose, dia tak tahu yang subjek gambar ni adalah menara ahaha |
 |
Boleh dah kot jadi model signboard. |
 |
So yeah, posing kat luar je. Walaupun Sha dan Cik Azian cakap taknak jalan dah, tak sampai hati pulak nak naik bertiga je |
 |
Jalan2, jumpa bendera Malaysia. Nampak tak betapa cintanya kitorang kat Malaysia sobs |
 |
Tak tahu bangunan apa tapi seriously cantik |
 |
Taka Plaza ni boleh tahan jugak murah barang2 dia |
Selepas dengan jayanya bermandikan peluh, kitorang pergi Ben Thanh pulak shopping untuk kesekian kalinya. Time ni baru aku borong Kain cotton. Aku beli 8 pasang je. Ayu dengan Najwa, 10 pasang sorang. Tapi tetap dengan harga RM28 sepasang. Memang dah naik banyak dah. Dulu aku beli 3/4 pasang je kot, RM22 je time tu. Tunggu la nanti lagi 2,3 tahun sure dah lebih RM30 sepasang dah. Tapi kalau kat Malaysia dorang jual RM70 kot sepasang perghhh kenapalah otak tak berapa nak bisnes sangat hmmm. Lepas tu balik, rest, solat, mandi sebelum keluar lagi untuk kesekian kalinya.
 |
Memang sesuai duduk sebilik kitorang ni. Sejenis tak berapa nak serius |
 |
Makan time! Selanjutnya di entry makan2 ye |
 |
Ke pasar malam untuk kesekian kalinya |
 |
Kakak ni tengah bagi tips penjagaan bibir y'all. Kusyuk gila mendengar hahaha |
DAY 5
-Song Ahn 3 - Tan Son Nhat Int'l Airport - Bird's-Eye View
Lupa nak snap gambar bilik. Eh, bukan lupa, aku terlupa nak letak memory card so masa tu bajet mungkin boleh save dalam memori camera lol. Bila check lagi sekali, takde langsung. So, pic depan receptionist counter je ada.
 |
kecik je lobinya. Nantilah diceritakan untuk entry rumusan. gitu. |
 |
Menunggu supir. Ni dah bercampur dengan beg orang lain sekali ni. Gila kau kalau semua kitorang punya |
 |
OTW to the airport. Nampak masjid comel tepi jalan. Alhamdulillah |
 |
Mengumumkan ketibaan dif2 tercomel ^^ |
 |
Aku yakin dorang tak puas lagi shopping sebenarnya hahaha |
 |
mintak tolong minah saleh tolong amikkan gambar. Muka puas kot dapat shopping dengan jayanya.
Kalau tak puas, sila repeat. |
 |
Cam sedeyhhh je haha |
Okay kena share part ni. Masa kat security, siap kena bukak kasut lol. Apakah! 1st time kena bukak kasut nasib baik kasut jenis slip-on je.
 |
Thanks for the memories, Ho Chi Minh. Gitu. |
 |
Bye2 Ho Chi Minh |
Bird's-eye view spamming ahead! Thank you lah Ayu bagi tukar seat, so dapatlah window seat. Puas hati gila kot dapat capture view dari window seat. Bertabahlah kalau jalan dengan orang yang gila photography ni, sanggup tak tidur tu. Anyway, balik kitorang naik Malindo sebab nak 30kg baggage punya pasal walaupun luggage aku x sampai 20kg pun lol. Takpe, sebabnya Malindo tersangatlah best, space pun besar dari Air Asia. Dapat pizza sedap. 2 pulak tu hahaha.
 |
padat gilos! |
 |
Alhamdulillah, cuaca cun sangat |
 |
Excited sangat dapat meals. Lapar wehhh |
 |
"Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, tak berharta seperti putera diraja, tapi cintanya yang paling manis dijiwa" erk! |
 |
Sedapnyaaaa...Nak naik malindo lagilah camni |



Sampai KLIA dalam pukul 12 kot lepas tu makan, say goodbye kat Cik Azian, nak transit ke KLIA 2 pulak sebabnya balik Terengganu naik Air Asia. Kejap tu, hujan turun dengan lebatnya. So, dengar2 banyak yang flight delay. Chaos gila time tu nampak. Lepas siap check in baggage, time nak lalu security, nampak staf siap timbang pulak hand carry bag sorang2. Sha macm cuak gila gak kot sebabnya beg dia macam kembung gila yang aku rasa memang lebih dari 7kg. Masa tu memang panjang dah beratur and ada yang tak lepas. Fuhhh, lagilah dia taknak beratur tapi aku rasa masa tengah ramai nilah kena beratur so that bila dia tengok ramai gila, sure2 dia akan lepas je. Puas jugaklah aku pujuk suruh beratur je. Nak tunggu takde orang lagilah dia ada masa nak check. So dengan lafaz Bismillah, beratur. Dan Alhamdulillah lepas, dia tak mintak untuk timbang pun. And then bila kitorang pandang belakang(perghh cam seram pulek bunyi), dia start timbang balik hohoho sebab masa tu dah tak panjang queue. Lega!
Nak dijadikan cerita, flight yang pukul 3 petang still x lepas lagi. Flight kitorang sepatutunya pukul 8malam. Delay punya delay, pukul 10malam baru gerak. Masa tu kan, kitorang cakap la, takde ke air2 free since semua tunggu lama gila lol. Terus siap buat perbandingan dengan Malindo hahaha. Pastu aku pun cakaplah, tiket kita harga RM10 je kawan2. So xpelah, dimaafkan. HA!
 |
Sampai kat Sultan Mahmud Airport, hujan rintik2. Sama macam masa landed kat Ho Chi Minh. |
Pukul 12malam baru sampai rumah. Esoknya, terlewat bangun, so terpaksa amik EL sobs. Thank you The Daras, banyak gila memori dengan korang. Entry penutup, lepas ni ye. Thank you for reading.
Comments