TARA S4 - HENTiAN MAYA

pic by mr.google

SURPRISE SURPRISE SURPRISE!!!
Baru selesai tonton TARA minggu ke -7 @ AXN channel !

Masih di bumi New Zealand..
Task pertama, main luncur ski..best tengok skill masing2..
Tergolek tersungkur terjatuh tapi sume berjaya selesaikannya.

Kemudian bagi cabaran DETOUR team dikehendaki memilih untuk CABARAN KANDANG @ PINOT ! Bagi cabaran kandang memang kena giler sabar lah sebab nak halau kambing biri-biri tu masuk kandang sikit punya susah..Serius kelakar tengok gelagat dorang terutama sekali ETHAN n KHAIRIE macam betol2 penjinak bebiri dah tengok..haha..Tapi Michelle n Claire xley sabar so dorang decide nak tukar task kepada cabaran pinot.Manakala bagi cabaran pinot menyebabkan peserta kepenatan kerana kena perlu menadah wine kemudian isi wine tersebut ke dalam tong besar sampai penuh..

Setelah semua selesai, kesemua peserta pergi ke PEJABAT POS ARROWTOWN..Di situ, semua peserta perlu mengirim video message kepada yang tersayang x kisah la family ke, aweks ke, cousin ke, ketua kampung ke..Sume mood down taim ni..Richard pun ley menetes air mata siyut taim bagi ucapan kat awek beliau..huwaaaa..terharu mak ni.

Next destination ---> SYDNEY, AUSTRALIA..walawehhhh..best best..
Sume dah melumpat-lumpat kegirangan kelihatan.mana tak weh, bukan senang nak melancong pree ni. JESS n LANI dan THE RICHES naik penerbangan pertama dan tiba di SYDNEY dahulu..Kemudian mereka harus mencari MR.BROLLY MAN yang membawa payung..Manakala 4 pasukan lain terkandas di airport sekejap kerana cuaca yang agak buruk tapi x amik masa yang lama dalam 15 minit je.

Setelah sampai di SYDNEY dan mendapat task seterusnya, kesemua harus ke GRAND BALLROOM, HOTEL HILTON tuk mengemas katil dalam masa 3 minit..Nampaknya semua gagal siapkan task tersebut dalam masa 3 minit jadi kesemua dikenakan penalti 10minit..Bukan senang rupenya nak kemas katil ni..
Baru taw yer sume2..hehe..

Bagi cabaran roadblock, salah seorang perlu melakukan rutin TRAPEZ..Rutin trapez ni ala2 cam sarkis la, kene gayut pastu tangan kene capai tangan seberang sana..Nampak macam fun tapi susah gak dan macam menyakitkan sendi kaki jer tengok..Kesian sangat kat pasangan NATASHA n HUSSEIN..Bagi dla, sepatutnya Natasha yang kena buat task ni, tapi ayah dia plak yang nak buat..Natasha memang sedih giler la taim ni sebab pakcik Hussein tu memang semangat very da kental babe..Sumpah terharu, tapi dorang terpaksa amik penalti 4jam jugak sebab pakcik Hussein tu really2 injured..

Selesai task RUTIN TRAPEZ, semua perlu ke next pit stop @ HYDE PARK SYDNEY..
But...ekceli ini hanyalah HENTIAN MAYA saje..huhu..
Seprais beb..Memang hepi giler babun dah JESS n LANI sebab dorang sampai dulu..Alih2, ALAN WU kata, sebab dorang sampai dulu, ALAN bagi task seterusnya..Maknanya, race tuk minggu ni x abis lagi la..hoho..
Sambung next thursday lak..x sabar ni nak tunggu..

ETHAN n KHAIRIE - GOOD LUCK GUYS !!!
AJA-AJA :D

p/s : explorace dah xde ker ?? dla nak join ni :P


Comments

ardinihumaira said…
wow bestnya aktiviti tu!
lady-D said…
arief : TARA ni mmg show wajib tiap2 thn..mesti tonton..hehe..

dni : best kan..rase nak join gak :P
Albert said…
Show kali ni agak best :) Hang pun cakap sampai sangat detail, baguih sekali! saya rasa dengan double-legged-leg ni, natasha dan hussien will have a lot of catchup to do... seriously... maybe ada macam intersection 2 season lepas ke... tak tau la...

TAR dan TARA memang kesukaan saya la haha
Unknown said…
memang best tara ni,namun mengapa ada bezanya dengan amazing race amerika dan asia dari segi jumlah wang.Amerika wangnya sejuta dollar sedangkan asia 100 ribu dollar je
lady-D said…
fahmie : jum try masuk xplorace jerlah..weeeehooo :P

albert : ekceli tgh berlatih wat karangan skolah..haha..

najib : xtawla nape bro..dla layan jer TARA tu..hehe :P