ASSALAMUALAIKUM N HAI...
SEMINGGU sebelum HARI MERDEKA sebenarnya tarikh aku dilahirkan ke dunia..Cer kira berapa hari bulan tapi tahun bukan 1957 lah..Memang saje tak buat entry khas masa birthday hari tu..Kat FAKEBOOK pun aku hide DOB aku so tak ramai yang wish..Padan muka!!Sape yang wish jugak via mobile@FB tu memang aku hargai sangat2 sebab ingat birthday aku..Kebanyakkannya kawan masa sekolah..Penting sangat ke ucapan harijadi ni?Rasa hepi jugaklah kan kalau ade yang wish walaupun tahu thru FB sebenarnya.Yang tak wish tu bukan bermakna dia tak ingat kita tapi mungkin ada lagi benda yang lebih penting untuk diingati contohnya birthday pakwe ke, birthday kambing ke..Apapun aku bersyukur sebab masih lagi diberi nafas dan kesihatan yang baik.
Masa aku skolah rendah dalam darjah 4,5 camtulah banyak kali jugak aku persoalkan soalan ini kat MAK aku..Soalannya memang nak kena pelangkong free2! Aku dengan mak aku ni biasanya speaking sepanyol so aku translate la bagi korang faham yer..
"Bondaku, kenapa bonda tidak tunggu 31 OGOS tika melahirkan anakandamu ini?Bukankah lebih afdhal kalau saya ini dilahirkan pada 31 OGOS..Lagi seminggu je pun.Mesti bangga menjadi anak merdeka.."
Kah..kah..kah..kah..kah..Semua gelak tak hengat bila dengar..Kenapa?Salah ke soalan aku tu?Kau ingat boleh tahan2 kalau nak beranak ni..Tak tahu ke betapa susah dan peritnya masa nak lahirkan kau dulu..Ouhh, baru aku ingat yang aku hampir mati lemas masa lahir hari tu, BIRU kot badan aku time tu, hidup tu kira nasib baik sangat2 dah..Kalau tak takdelah blog LADYDYLA ni haa..
So, tak kiralah lahir bulan2 berapa pun, yang penting jiwa merdeka dan jiwa cintakan tanah air harus ada..SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-54..Semoga Malaysia hidup aman sentosa sentiasa..MERDEKA MERDEKA MERDEKA !!!
nasi tambah : dengar bunyi mercun pop pun aku dah melatah..Camne la kalo dengar bom masa perang dulu2 yer..
Comments
hehhe..xkisahlah..y pntgnya dlm jiwa kita ade smangat cintakan negara yer :)
bila pun kita lahir, saya bangga jadi anak malaysia merdeka heeee
Selamat Hari Raya Aidulfitri Buat Semua Sahabat
:)
oo lemas ekk.. skerang dh besoo dh ekk.. erkk apesal baju makin kembang tu?..mesti kes makan ketupat rendang banyak ni.. haha xpe makan slagi boleh.. haha
ahaa..dek kerana mercun pop berselerak halaman umah..