KHAIRUL FAHMI BUAT AKU SAKIT PERUT

AHAHAHA[mood tengah gelak guling2] Dla baru je siapkan pelan rasa nak rileks2 pastu godek blog BRO EYRIQAZZ sebab rasa macam dah lama x lepak situ..Baca entry beliau pasal temubual bersama keeper kita KHAIRUL FAHMI CHE MAT.Temubual eksklusif ni sebenarnya dari blog SOKERLEAKS.Serius true jer jawapan2 abang fahmi tuh.ehhh fahmi tu muda dari dla la.Jawapan memang lawak abis jer sampai gelak sorang2 tadi.Lantaklah budak opis nak cakap gile ke apa memang serius xleh tahan..Ingatkan dorang ni reka je rupa-rupanya memang betol2 punye taw.Tanpa melengahkan masa jom baca interview yang tidak formal itu.

Tok guru bagi rumah..rezeki beliau..
sumber : IAWANI

Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Kalau pernah, ringan-ringan ke atau berat-berat?
Khairul Fahmi: Mu gilo ko gapo tanyo soale lagu ni? ( Apa gila tanya soalan macam ni?)

Dah, separuh jer copy, xleh lebih2..Untuk selanjutnya sila ke blog SOKERLEAKS.

p/s : semoga pasukan bola sepak Malaysia dapat ke WC nanti..Amin...

Comments

Unknown said…
terkejut jugak..ingtkan reka2 jer ghupenye benaran seyh
lady-D said…
JIJI : tu rrrr..mmg selambe jer beliau jwb..hehe..
saya_arief said…
vote untuk apex..
;D
nur said…
betoi ka.. nak g serbu la sana
ALL IN ONE
Admin said…
a'ah de gak bace neh..
mmg telus lah.. org baru dsrbu
tmuramah.. nnt2 sok luse xtw la kn..
hehee~
EqhaZin said…
b4 this ader nmpk gk. tp wt dek aje.
igtkn kelentong =D
hehe...igt kan memain..b4 nie da bca dh
Un Phat Lee said…
kalaulah malaysia dapat masuk world cup...perrh best.dapat cuti sebulan nanti.
lady-D said…
Arief : vote kencang2 tuk beliau!

nur : betoi maa..hehe

ahs : hrp2 beliau cenggitu la sokmo2..trn naik tu biasalah kan..

eqha : tu rrr, ingatkan tpu2 je..

zaty : temuramah tu mcm sembang ngan kwn2 jer kan..

phat : hooo..mmg best giler la kalo dpt msk wc..perghhhh
Anonymous said…
hahahah!! ringan2 berat ye..wakakaka!!!
alexayussida said…
alexa ade baca kat blog elia jejari runcing tuh..hehe..sumpah klaka n si jurutanya pon gilax ke apa soalan..kehkeh spenda n kentut pon mau tanya..lawakkk:D
CIK TOM said…
eh betul ke interbiu ni??sempoi habis..heheheh
Prettyvrach said…
amboi dyla~bahaye...menggugat iman.kikiki
lady-D said…
misya : hehe..usah ringan2..

alexa : tulah..interviewer tu yg lawak sebenarnya..soklan kentut la, paha putih la..haha

cik tom : ini betol2 cik tom..hehe..

ML : haha..skang dh oke balik..hehe
Scorpio Warrior said…
haha. ira pon gelak tgk soklan2 die sume tu. ira bru pas baca blog gf die jugak. hihiih..

http://jejariruncing.blogspot.com
KNS said…
sempoi gk eh dia tu...igt kn pemalu.
hehe
bahaha...gila style...=)
Sophie Al-Yahya said…
dah bace..seius lawak & dia sgt down to earh.
Unknown said…
apek terbaekkk la.:)
lady-D said…
BC : tukang tanya pun 1, mmg soklan main tanya je..hihi..tp best la kan xla skema sgt..

Nas : dla pun bajet beliau tu pemalu tp klakar gak rupenye..

Ain : hahaha..

sophie : hrp2 berkekalan la sifat beliau tuh..

echah : go apek..hehe
khairul fahmi nie kalau ada blog sendiri sure.... ramai jadi follower die.... awek dia punya blog dah sampai 7k pengikut setia....hahahaha
lady-D said…
hazman : kalo ada agaknye kalah kot hanis zalikha..hehe
Amni said…
baca jugak pasal ni.. hehe... baca dari blog awek dia sebenarnya...

jap, umur fahmi tu berapa? macam 27 28 je.. eh?
Gayahspears said…
suklan yg last sekali tu,kah3.. munguk toi... hahahampes je
lady-D said…
Amni : fahmi tu baru 21 la..hehe..mude giler lg

gayah : kalo ko bc abes kat blog sokerleaks lg mcm2 soklan kene tanya..hehe
Robot | Sakti said…
kemah keeper kito.

hahaha
lady-D said…
Robot : kemah kemin..hehe