LAWATAN SAMBIL BELAJAR [PART1]

Assalamualaikum !!!! Fuhhh..semalam blog ni tido yer..Tak update dan tak BW pun..hehe..Sekali sekala kasi JEJARI RUNCING ini berehat kejap..Tapiiiii, jari jemari je berehat, kaki neh tetap super duper active !Hari ini dla takleh membebel panjang sebab korang bakal disajikan puluhan gambar yang mungkin membuatkan korang muntah hijau nanti..Korang tengok tajuk sudahlaaa, ni baru PART 1..

Pagi semalam, roommate aku la, tetibe ajak pergi TAMAN TAMADUN ISLAM..tengok pada cuaca dulu sebab ari Jumaat masa kitorang ronda kat SHAHBANDAR, hujan + ribut kuat sangat sampai separa basah walaupun dah bawak payung..Bila tunggu sampai pukul 12tengahari tengok langit agak oke, terus mandikan anak. itu kalau korang ada anaklah..cam aku ni anak tekak je ada..Lepas zohor, terus gerak, ecehhh cam jauh je padahal dalam 15minit jer..hehe..Sekarang sediakan plastik supaya senang korang nak muntah...

PINTU GERBANG TTI..hoyeahhh..dah sampai !! "TAMAN MONUMEN TTI
memaparkan 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali
zaman kebangkitan Islam sebagai agama global lagi sofistikated" & (kopipes dalam passport TTI)

Rasa baru je sampai sini masa KURSUS aritu..Time tu melawat MASJID KRISTAL, memang plan nak pergi lagi tak sangka lak semlam kejadian beb..hoho...ko dah 3 TAHUN kat TERENGGANU baru nak pergi..Wat malu betol..hahaha

Ko jangan main2, nak masuk sini kena ada PASSPORT kalau tak korang tengok
dari luar jerlah.Bayaran masuk adalah RM 15 bagi WARGANEGARA MALAYSIA,
kalo macam BEN BRADSHAW xde IC haruslah kau bayar RM 25 !


Ummmmchakkkkk ! Teka saya dimana?? INFO: Masjid ini didirikan pada tahun
1392 M oleh LAKSAMANA HAJI CHENG HO pada zaman DINASTI TANG. Walaupun
rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah
mengadap kiblat.

Hebatttt, sudah sampai CHINA maaaa..Pic tadi adalah MASJID XIAN

Masjid ini sangat cantik...banyak giler kitorang pose kat cni..hehe..Gadis yang
tunduk malu itu adalah roommate dla..

Masjid ini kat RUSSIA rupe2nye..Tetibe rindu kat ALEXA dan ML, dorang tengah
 syok bercuti skang ni..cepat balik update blog plak yunk oiiii...
INFO: Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah
 kejatuhan SOVIET UNION.Ia merupakan soroton 1000 tahun sejaran panjang
KAZAN dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman KREMLIN.



Jangan tahu posing bagai jer.kena baca taw!dah nama lawatan sambil belajar kan.

Unik kan MASJID BESAR AGADEZ, NIGER ni..INFO: Masjid ini diperbuat daripada
tanah yang dikeringkan ,dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan AGADEZ.
Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.

Peluk beliau ketat2..INFO:MENARA KALYAN, UZBEZKISTAN ini telah dibina pada tahun
1127M oleh ARSLAN-KHAN.Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.

Tolong !! Tolong !!


Sepatutnya boleh masuk tapi dorang tengah renovate kot..so pose kat tepi dinding jelah..

INFO: ISTANA MERAH AL-HAMBRA merupakan istana purba dan kompleks kubu yang
dibina di antara tahun 1238-1354M di bawah pemerintahan MOHAMMED BIN AHMAR,
RAJA NASRID PERTAMA.

Oke, sekarang kat mana pulak yer...

Ini adalah GREAT MOSQUE OF QAIRAWAN, TUNISIA...INFO plisss : Dibina pada
670M oleh UQBA IBN NAFI, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini,
setelah dibina semula sebanyak 3 kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qirawan.

tetibe rasa terlebih ayu ni..kwang kwang!

Nak ayu lagi, pose bersama payung..props ni bukan saje2 bawak tapi sebab
takut hujan turun maa...

Oke, sudah pening, taktaw nak pose camne lagi..INFO: SULEYMAN MOSQUE, TURKEY ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke-46
pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan,
hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.

Gergasi mau masuk tapi x boleh...

Asek pic aku je kan, letak pic beliau pulak..INFO: MOSQUE OF MOHAMED ALI, EGYPT
ini juga dikenali sebagai MASJID ALABASTER berikutan penggunaan bahan ini
dengan banyak di dalam pembinaannya.Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang
pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Sangat eksaited, rasa macam betul2 sampai sini..Kenapakah aku kelihatan sungguh
tembam di sini?Grrrr..INFO: Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar
Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini
dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat bagindadisemadikan.

Semoga aku dapat sampai sini nanti..Amin...

BERSAMBUNG....^__^


p/s : dla bayangkan kalau bawak kertas lukisan dan pensil, duduk mengadap monumen2 ni, kemudian lukis puas2..

Comments

Annisa said…
ok gak buat macam ni. senang sikit nak tau sejarah ^__^ masjid semua dekat dekat :)

insyallah dLa akan pi tanah haram nanti. amin.

p/s : rindu alexa juga ^__^
Unknown said…
wah.... melancong a.k.a melawat TTI.
best dan cun kan tempat tu..........
bila tiba masanya nanti.. sampai la dla ke masjid di Tanah Suci... insyaAllah.........................
mesti bawak bali bekalan dan buah tangan berupa keropok lekor ni.....
fiz mr.beloved said…
Belum ada kesempatan lagi untuk ke sana..huhu
zati embong said…
dla..ade d tganu ye..next week jat mahu pulang ke tganu juga!
lady-D said…
@khairunnisa ♥
ha'ah, kalau x mmg x ingat sume sjrh ni..bagus gak kan ade tmpt camni
lady-D said…
@MofiDhouse
kopok lekor ari2 jumpe..smpai boring dah..hehe
lady-D said…
@fiz mr.beloved
nt kalo berkesempatan, pergi taw..best
lady-D said…
@zati embong
dla keje kat tganu..tp next week nk blk kg, nak raye..hehe
Kisah Tatie said…
saya suke pegi tempat ni.... sangat best... + knowledge
niesz said…
bnyk btul msjid kat terngganu ni kan..cntik2 lak tu..hehe..aritu time anta adik blajar kt umt, sempat singgh tgk..
Unknown said…
oho... dla ni keje kt terengganu rupanya..... kampung mana?
Raji and Yeen said…
owh ak lom pernah pergi lagi..
best jgak xpyh lah susah2 gi negara tu nk tgk masjid2 yg best

eh lawa passport
hahaha
saya_arief said…
posing abes ya kamu.
haha
:D
Unknown said…
pasport tu lepah dok imireseng ek..ehhe
Robot | Sakti said…
kuat weh gi derakk..

hehehe
Unknown said…
wah..kene pakai pasport jugak ke?
wah!bestnya lawatan sambil belajar tu..tp anak murid dua orang je ye?hihi..comel je dla posing sana-sini..^_~
Mr.TN_SkY said…
hehehe..sume nice pic..:-D sonok la eh jalan2 hehe..

JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA
Fello Ariza said…
tmpt mnarik sehh...

nih wat tringin nk g jgak nih..

kre pasport tuh mcm kte g luar negara mlwat sume monumen tu ea..
black paper said…
besnye ;)

nak pgi jgak !
Unknown said…
rinduuunyaaaa nk dtg sini.ehhehe..dahla lame xdtg.disajikan dgn gmbr2 yg boleh menaikkan hasad dengki!ini tak adil yg arif.;p
Anonymous said…
wow. peluk bangunan tu mcm ley smpai. haha

bdw sangat seronok nmpk, n macy suka matching pink biru :)
Miss Yaty said…
patutlah macam pernah nmpk je pintu gerbang tu..hihi...


memang asal ganu ye?

salam perkenalan dari miss yaty ye..

:D
mie said…
best tu..
gue pun x habis nak pusing semua tempat..
ehheee
Admin said…
hehhe..
susa gak ea bile mabuk kndraan
darat nei, kne ad plastik2 :)
sahromnasrudin said…
assalamualaikum..

trime kasih pic2 ini..saya terasa seperti di obesi tau..huhuhh
Hanis MY said…
wahh cantiknyaaa last time g aritu tak siap sepenuhnya lg posing2 pun vouge i likeeee...
lady-D said…
@Miss Tatie
dla pun suke..nak gi jauh xde bajet..hehe
lady-D said…
@niesz
ha'ah, masjid mmg bykk..yg ni monumen dari serata negara yunk..mailah sini lg..hehe
lady-D said…
@MofiDhouse
keje je kat tganu..kampung sebelah je..hehe
lady-D said…
@Raji berkata
cun kan passport dia..meh la jln2 cni..hehe..pomot lebih ni
lady-D said…
@saya_arief
beliau mmg begitu..nipun dah puas pilih dah gmbr..hehe
lady-D said…
@JIJI YU
try la bawak gi airport tgk lps ke x..haha
lady-D said…
@Robot | Sakti
derak paling jauh kot ni..15minit je dh smpai..haha
lady-D said…
@E.d.Y
ha'ah..unik kan siap ade passport lg..
lady-D said…
@Halia Kentang @ Annpaan
thanx dear..tmpt tu mmg sgt nice..
lady-D said…
@airaniez wirdani
hehe..beliau ni mmg pantang jumpe tmpt lawa2, terus jd kanak2 ribena..
lady-D said…
@Mr. TN_SkY
thanx..monumen tu mmg cantik..bab jln2 mmg sonok..hehe
lady-D said…
@Fello Ariza
meh la fell jln2 cni pulak..nt dla gi sarawak pulak..hehe..ha'ah, sbb monumen tu dr negara luar so kene ada passport..hehe
lady-D said…
@black paper
nanti balik malaysia, meh la jln2..hehe
lady-D said…
@echah mashuri
cepat echah dtg cni..kite gi together-gether..hee
lady-D said…
@maCy
bajet mcm boleh kan..sbnrnya pestime pakai camtu..hehe
lady-D said…
@Miss Yaty
taklah yunk..dla keje je kat cni..slm ukhuwah ^__^
lady-D said…
@mie
bestttt..dla abes pusing taw, smpai nak cramp kaki ni haaa..hehe
lady-D said…
@Redbloodsnow
best zie..nt boleh honeymoon kat cni..hehe
lady-D said…
@ahsfantasy24
slh fhm tu..dla takut korang la muntah sbb byk sgt pic sn cni...hehe
lady-D said…
@sahromnasrudin
saye pun terasa cam tu gak..haha
lady-D said…
@Hanis MY
ouhh..pnh dtg cni yer..skang ni pun ade yg tgh renovate lg..posing mmg salu terlebih..haha
Miss Yaty said…
owh keje kat ganu rupenye..hihi...yaty tak penah lagi masuk taman tamadun tu..jsut pegi melawat masjid kristal je stkt ni..huhu
maslemon said…
fullamak meme gempak dh blog adikku ini.dh terlebih ajr dari sifu ni...cuma agk fenin sbb byk sgt gmbr2 nye.he3.apapun da best la blog ni...