RABUN SILAU BIKIN SAKIT KEPALA

Sebenarnye kan..sebenarnye kan..
LADY_DYLA EL TODAY !!!
Hehe..makcik tengah pening ni..Yaaa ini serius !
Dari petang semalam lagi, dan semenjak 2,3 menjak ni memang rajen sakit kepala..
Tu yang kadang terpengsan awal macam semalam, ting tong trus !

Disebabkan kerap sangat kepala ini nyut2, macam migrain la atau mungkin memang migrain ntahla aku pun x sure ekceli, biasalah aku ni segan nak jumpe doktor..haha..So, pagi tadi lepas subuh, aku dah wat keputusan nak EL jer arini, koling2 encek boss, dia kata oke..booom...sambung tdo :D
Serius sangat bahagia bleh tdo lama..ekeke

Kenapa? Mengapa ini terjadi???
Apakah kerana mata aku yang rabun dan juga rabun silau ini??
Mari kite rungkaikan kemisterian penyakit LADY_DYLA ini ! Zassss..
Sekali macam MELODI la plak..

Setelah dig00gle2, aku jumpe satu info yang menarik tuk dikongsi dengan korang sume, ngan selambanye aku cilok kat KOSMO..
jom baca !

SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.Bukan saja menyukarkan penglihatan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.
Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.
Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.
Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.
“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.

KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam. [yup..aku memang susuah nak drive malam]

Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.
Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.
“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.
Bukan fotofobia
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.
Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.
“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.
PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.

Senaman mata
Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.
“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,” katanya.
Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.

Sudah jelas?? Ada yang rabun silau x selain LADY_DYLA ni?? Masalahnye saye x  suke pakai spek, apatah lagi contact lens, rase sangat cerewet, tu yang kadang2 kalo berlebihan terdedah kepada cahaya, sakit kepala semakin menjadi-jadi, xpasal2 El arini..huhu

Comments

ardinihumaira said…
bertindak mengikut arahan.. hiks.. maka dni datang komen & follow :D


dni tak rabun tapi rasa macam dah nak rabun ni. huhu
Liyana Lunia said…
huwaaa saya pun rabun ni tapi bole drive lagi :(
lady-D said…
thanx dni follow n komen skali..terharu neh..tisu plisss !!

nak elak rabun mkn carrot byk2 yang..Baek tuk kesehatan mata :)
lady-D said…
liyana lunia : terharu tuk kali ke2, awek2 gojes sudi bc+komen entry neh..Tisu..tisu plis..

time siang xpe lg drive tp bile mlm tu xleh nak drift bagai la jawabnye..hehe..mcm siput jer drive gayenye..sedey !
Anonymous said…
rasanya sy pun dah kena penyakit cm LADY_DYLA ni...tak sampai 1jam duk dpn laptop pening start enjin dah...pastu, bila baring bknnya nak tambah baik. so cruel.
lady-D said…
Maey : itulahhh..kalo x telan ponstan mmg xkan baek punye..nak xnak kene telan gak kalo x lg sengal la pale ni..huhu
jalajatuh said…
thanks for the info'
btw aku pon rabun malam gak.. maybe da teruk sebb sampai pening2 nd letih mate
hmmm.... aper kata cuba produk PERMATA HIJRAH....
kisahsensasi said…
Kalau silau time memlm mmg akan buatkan pemanduan kita bermasalah....
lady-D said…
jalajatuh : effectnye buatkan pale kite penin kan..

hazman : tingin gak nak try..atleast dpt hilangkan silau pun jdla..

kisahsensasi : kalo bley nak elakkan drive taim mlm, bahaya :(
no name said…
rupanya ku pn rabun silau...
adachadisini said…
menghadapi masalah yg sama seperti cik d-la. haritu pegi check kat kedai speck. dikata rabun jauh n sedikit silau. tp result dr 2 kedai tu lain-lain. lor. knp ek? mesin dorang tu lain-lain setting ke? huhu.

so, cik d-la buat kacamata ke lense?
saya belum pasti nk buat atau tidak. rasanya mcm boleh handle lagi, hmm. tp org kata bettr buat speck.
lady-D said…
no name : x best kan rabun silau ni..

adachadisini : smlah, dla kalo check slalu x sama dia pnye power 2.plik gak, mesin dorang x sm ke..dla mmg dh pkai spek dr dulu tp jrg pkai..hehe..x suke, dlm keadaan t'tentu mmg tpksa pakai beb..huhu..demi kesihatan, kalo x trus penin pale ngendap.
sani82 said…
Erm isteri saya selalu sakit kepala tapi bkn sakit kepala biasa...sakitnya kengkadang bahagian sebelah kanan kepala tak pun bahagian kiri...pastu selalu pening,kadang2 rasa nak muntah...bila eat PREGNANCY TEST hasilnye negative...biLa dpN laPtoP or haNdpone mata cepat berair pastu mata rasa panas je..kadang2 keluar aiR mata,ingaTkan menangis rupanya tak taHan deNgan silaU..rasaNya patut tak dia p wat '' CermiN mata''
sani82 said…
Erm isteri saya selalu sakit kepala tapi bkn sakit kepala biasa...sakitnya kengkadang bahagian sebelah kanan kepala tak pun bahagian kiri...pastu selalu pening,kadang2 rasa nak muntah...bila eat PREGNANCY TEST hasilnye negative...biLa dpN laPtoP or haNdpone mata cepat berair pastu mata rasa panas je..kadang2 keluar aiR mata,ingaTkan menangis rupanya tak taHan deNgan silaU..rasaNya patut tak dia p wat '' CermiN mata''
sani82 said…
Erm isteri saya kerapkali mengadu kat saya yang dia sakit kepala,tapi kengkadang bahagian sebelah kiri je yang sakit,takpun sebelah kanan kepala..pastu kuat pening,kadang2 rasa nak muntah..tapi bila kami wat PREGNANCY TEST keputusannya negative plak tu...bila menghadap komputer ngan handpone mata mula ar berair,pastu kadang2 air mata menitis..ingatkan sedih rupa2nya mata tak tahan menghadap komputer..dia cakap silau...so what I should to do??
lady-D said…
@sani82
erkk..sy bkn specialist mata sbnrnya..tp kalo silau mmg kena pakai spek..mcm sy rabun n silau skali..better jmpe optometrist check ape mslh